Skip to content

Category: Uncategorized

Siti Nurhaliza On Tour 2019

Aku dah boleh cross wishlist 4 tahun lepas daripada post ni. (Siti Nurhaliza – A decade too late)

Serta merta aku dah tambah satu lagi list 100 things to do before I die; Pergi konsert live Siti Nurhaliza.

* Siti Nurhaliza memang power malam tu. Kalau penyanyi lain sambil tersembul-sembul urat leher mak nenek sampai summon semua setan iblis untuk hit notes; dia nyanyi rilek macam makan nasik. Entah bila dia tarik nafas pun aku tak tau. Rasanya dia ada insang kat tepi leher dia macam ikan.

Bila Siti nyanyi lagu Percayalah, all time feveret aku, mata aku macam dah berkaca-kaca sikit. Haha.

Alin dah bagi greenlight kalau terasa nak buat follow up Siti dekat Royal Albert Hall, London April ni. Tapi nak beli tiket kat mana aku pun tak tau. Tengok la camne heuheu.

Nota kaki: Aku tak gemar nak panggil Siti Nurhaliza “Tokti” macam orang lain buat sebab aku nak rasa Siti tu dekat dengan peminat. Datuk datuk ni rasa berkasta dan elitis sangat.

Leave a Comment

WOTE – Sunburnt Hand

Saya hampir melahirkan seekor anak anjing & unicorn hybrid bila mendengar lagu ni. Cumil cumil ciki. Lagu asal daripada Danny Tieger, diolah semula oleh Walk of The Earth (WOTE)

 

Sunburnt Hand

i want to bury you up to your neck in the sand
exposing only your head and one hand
then we’ll find a friend who will bury me too

so we’ll stand in the sand holding hands just me and you
so we’ll stand in the sand holding hands, me and you

the crabs will arrive and they’ll pick at your face
but i’ll whistle so they’ll pick at mine in your place
then the gulls will arrive, eat the crabs for their food
so we’ll stand in the sand holding hands just me and you
so we’ll stand in the sand holding hands, me and you

if the tide takes me away, if the tide takes you away
if the tide takes us away, we’ll meet here
in the sand
never fear, just look to the sand

if the waves come in, well we’ll both surely drown
but to stay here with you makes me hold my ground
lets just make sure we’re buried far enough up the beach
to stand in the sand holding hands you and me
yeah we’ll stand in the sand holding hands you and me

if the tide takes me away, if the tide takes you away
if the tide takes us away, we’ll meet here
in the sand
never fear, just look to the sand
and my sunburnt hand

Leave a Comment

Perutusan Aidilfitri 1433H.

2011 - Hari Raya 04

Assalamualaikum WBT.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT,  Rab sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Segala puji tasbih, tahmid dan takbir hanya untuk Dia.

Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, utusan terakhir, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan dan juga keberkatan di dunia dan akhirat.

Aidilfitri datang lagi. Syukur ke hadrat Allah kerana kita dipanjangkan usia, dikurniakan nikmat sihat tubuh badan untuk menjalani ibadah Ramadhan yang penuh barakah. Sedih melihat apabila Ramadhan makin berlalu pergi, tatkala kita makin leka dengan urusan dunia seharian kita lupa untuk menambahbaik amalan kita disepanjang bulan ini. Untunglah kepada mereka yang memanfaatkan peluang yang ada kerana belum tentu lagi kita dijanjikan Ramadhan yang akan datang.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai hari kemenangan umat Islam. Hari kemenangan kita melawan godaan nafsu disepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang sebulan kita dididik untuk berpuasa menahan lapar dahaga, mengawal tindak tanduk, menundukkan pandangan, menjaga tuturkata yang hari biasanya kurang kawalan, membataskan deria kita daripada melakukan perkara2 yang mencemar kesucian Ramadhan. InsyaAllah ganjaran mereka yang berjaya graduate daripada Madrasah Al-Ramadhan ini sangat besar, hanya kepada mereka yang ikhlas.

Sambutlah Aidilfitri dalam lingkungan syariat. Ingatlah Aidilfitri bukan perayaan bangsa. Cara sambutannya mestilah selari dengan tuntutan agama. Kita disunatkan untuk Solat sunat Aidilfitri berjemaah, memakai pakaian yang bersih, baik dan cantik dan menutup aurat. Bila kita berbicara tentang aurat, kita berbicara tentang aurat keseluruhan. Bukan hanya tudung semata. Batas pergaulan juga harus dijaga. Syawal bukan lesen untuk kita berbuat sesuka hati. Ziarah menziarahi juga sangatlah digalakkan, ketika itu kita boleh mengambil kesempatan mengeratkan tali silaturrahim yang mungkin longgar seketika dulu. Buangkan rasa ego, prejudis, hasad dan dengki sesama kita dan bina jambatan ukhuwah yang baru kerana kita ummat Islam adalah bersaudara dan sering perlu menyokong antara satu sama lain. Al-Quran mengajar kita menghormati antara satu sama lain, memuliakan persaudaraan sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah.

Dengan izin Allah, insyaAllah diharapkan momentum ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan akan terus berterusan dan segala ilmu yang dipelajari akan memberikan kita satu dimensi pemikiran yang baru yang lebih memahami erti hidup beragama dan berTuhan. InsyaAllah.

Dengan itu saya Azwan Ngali, dengan serendah-rendah hati, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada teman-teman serta rakan pembaca jika selama ini tindak tanduk saya dari segi tutur kata dan perbuatan ada mengguris perasaan sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya fitrah saya seorang manusia sering melakukan kesilapan, itu semua adalah kelemahan saya dan saya memohon maaf. Hanya Allah saja yang Maha Sempurna.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya dan sampaikan salam saya kepada ahli keluarga sanak saudara. Moga diberkati perjalaan dan selamat sampai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Allahu akbar. Walillahil hamd’.

 

Leave a Comment

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

..ataupun orang tempatan di sini panggil “Masjid Besi” sebab sktruktur senibinanya luarannya diperbuat drpd besi 100%. Mula dibina pada tahun 2004 dan selesai pada tahun 2009 dengan kos pembinaan berjumlah RM 208 juta. Nama masjid ni diambil daripada nama Tuanku Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Antara keunikan masjid ini adalah

1. Dibina atas tasik buatan manusia, kalau malam bulan terang serigala berkeliaran, ditambah dengan limpahan lampu dari dalam, nampak drpd jauh seolah2 masjid ni dibina atas cermin, terima kasih kpd pantulan bayangan masjid daripada air.

2. Artikek yang design masjid ni pun bijak pandai menggunakan konsep district cooling system dalam proses rekabentuk masjid ni. Hasilnya tiada sebilah kipas atau aircond pun dipasang di dalam masjid ni. Sumber angin datang daripada luar yang bertiup merentasi tasik, lalu ke dalam dewan solat jemaah. Tapi kalau waktu ramai jemaah terutamanya solat Jumaat, solat tarawikh dan solat sunat raya dan angin tak berapa nak bertiup, ketiak anda akan berpeluh, dan kulit kepala anda akan berkuap di bawah kopiah sebab panas, maka waktu mcm ni diperlukan jugak kipas berdiri dipasang.

3. Di luar dewan solat utama, ada kolam dan taman cantik untuk gedik santai. Bila waktu Ramadhan, walaupun selepas selesai 8 rakaat tarawikh, ramai jugak yang duduk di tepi2 bersama keluarga.

Hampir setiap tahun saya solat tarawikh di sini sebab jemaahnya ramai. Parking lotnya luas, tak perlu berebut tak seperti Masjid Putra. Parking berlapis2. Suasananya pun meriah walaupun usai 23 rakaat tarawikh semacam pesta. Pesta Ramadhan. Ini budaya kool. Budaya lepak masjid 😉

Masjid ni pulak kaya dengan aktiviti2 berunsur kerohanian. Sebelum masuk dewan solat ada LCD canggih besar untuk rujukan maklumat aktiviti yang kerap/bakal diadakan. Terima kasih JAKIM. Mungkin boleh berjinak2 ke sini kalau lapang waktu.

Oh ya, saya pernah hilang selipar dua kali kat sini. Mungkin yang terambik selipar saya tu keliru dan dalam darurat. Halalkan.

Rujukan: http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/

2 Comments

Ramadhan Mubarak.

Assalamualaikum.

Selamat datang Ramadhan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun ni.

Ramadhan mengajar kita erti bagaimana untuk merafakkan kesyukuran atas segala nikmat yg telah diberikan sepanjang waktu kita bertapak atas muka bumi ini. Ramadhan juga mendidik kita untuk kembali ke fitrah, mendidik kita untuk mengawal hawa nafsu yang kita biarkan bebas meliar sepanjang sebelas bulan yang terdahulu. Wajarlah ia ditundukkan kerana pada waktu ini segala tindakan kita adalah atas kehendak kita, bukan drpd dorongan syaitan.

Maka tundukkanlah pandangan, kurangkan kata2 yang boleh mengundang bait2 dosa, perbanyakkan amalan sunat, kukuhkan yang wajib. Insyaallah Ramadhan kali ini akan terasa indah. Nasihat untuk kita semua.

Terima kasih jugak untuk team manager yang memberikan saya kebenaran untuk berbuka puasa bersama keluarga dahulu & melaksanakan solat tarawikh berjemaah seperti tahun lepas. Semoga hidayah Islam sampai ke hati beliau satu hari nanti.

Sapo tak puaso takleh rayo!

Leave a Comment

Wajah kesayangan hamba.

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

P/s: Hail Amir Ku Trick Ibunda

Leave a Comment

Nak jadi pemimpin bukan senang.

Salam.

Pemimpin? Apa itu pemimpin? Sudah tentu orang yang memimpin. Siapa yang dipimpin? Mestilah orang yang dipimpin. Tak pernah kita dengar orang pimpin haiwan. Ataupun haiwan pimpin orang.

Setiap negara mesti ada pemimpin. Setiap organisasi juga ada pemimpin. Dekat rumah kalau kita seorang anak, ayah kita adalah pemimpin. Jika kita seorang suami, kitalah pemimpin rumahtangga.

Sejak kecil lagi kita dididik untuk berkecimpung dalam kepimpinan. Waktu sekolah, kita dilantik sebagai ketua kelas atau pengawas. Di situ kita diterapkan dengan rasa tanggungjawab memimpin sesebuah organisasi walaupun pada ketika itu hanya kelas tempat pembelajaran kita. Time tu kita diberi kepercayaan untuk jadi mata dan telinga cikgu cikgi kat sekolah. Siapa lambat report dekat cikgu, siapa bising tulis nama. Kemudian kita dinilai oleh kawan2 sejauh mana tegasnya kita dalam memimpin. Kalau kita korek idung dalam kelas pun nama naik dalam buku jenayah, itu dah dikira zalim, confirm korang akan dibenci. Kalau korang fleksibel, tegas tapi tak terlalu gila kuasa, ramai yang bakal suka korang. Tapi hakikatnya kita hidup dalam dunia realiti yang sebenar, sebaik mana pun korang, tetap ada seorang dua kutu yang anti dengan anda. Anti tanpa sebab.

Bila kita dah dewasa, habis keluar Universiti, kita melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Bila kita dah lama di dalam satu organisasi sudah tentu kita akan dipilih untuk memimpin sesuatu. Biar sekecil-kecil projek sampailah ke sebuah organisasi dalam syarikat. Bila kita di tahap ni, approach kita dah berlainan. Memimpin orang dewasa adalah satu kerja yang sukar. Kita kena diplomatik dan tak boleh berat sebelah. Key paling penting adalah MENDENGAR. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa mendengar pendapat anak buahnya, baru kita boleh luahkan pendapat.

Saya ketika ini diberi tanggungjawab untuk lead satu infrastructre team di tempat saya bekerja skrg. Cabaran yang ada mmg banyak. Majoriti team member lebih tua daripada saya. Semuanya adalah kawan2 lepak ketika offday. Kadang2 bila kita nak tegur sesuatu jadi serba salah dan tak sampai hati. Jadi di sini kita kena gunakan approach lain yang nampak lebih kasual tetapi tegas. Tak perlu ayat2 pedih atau caci maki sbb takde faedahnya pun kita marah2. Kita duduk depan2 sembang mcm kawan2 kemudian point out kat mana yang kita boleh improve. Sekaligus kita pun dah sampaikan apa yg terbuku, ego diorang pun tak tergugat.

So, banyak2 lah baca buku bagaimana nak memimpin. Saya pun baru terhiling2 nak carik buku motivasi & how to be a good leader.

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin  yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah Kami wahyukan kepada mereka  untuk senantiasa mengerjakan kebajikan, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi.(QS. Al-Anbiya’: 73)

Leave a Comment