Skip to content

Category: Uncategorized

Perutusan Aidilfitri 1433H.

2011 - Hari Raya 04

Assalamualaikum WBT.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah SWT,  Rab sekalian alam di atas segala nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Segala puji tasbih, tahmid dan takbir hanya untuk Dia.

Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, utusan terakhir, petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan dan juga keberkatan di dunia dan akhirat.

Aidilfitri datang lagi. Syukur ke hadrat Allah kerana kita dipanjangkan usia, dikurniakan nikmat sihat tubuh badan untuk menjalani ibadah Ramadhan yang penuh barakah. Sedih melihat apabila Ramadhan makin berlalu pergi, tatkala kita makin leka dengan urusan dunia seharian kita lupa untuk menambahbaik amalan kita disepanjang bulan ini. Untunglah kepada mereka yang memanfaatkan peluang yang ada kerana belum tentu lagi kita dijanjikan Ramadhan yang akan datang.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai hari kemenangan umat Islam. Hari kemenangan kita melawan godaan nafsu disepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang sebulan kita dididik untuk berpuasa menahan lapar dahaga, mengawal tindak tanduk, menundukkan pandangan, menjaga tuturkata yang hari biasanya kurang kawalan, membataskan deria kita daripada melakukan perkara2 yang mencemar kesucian Ramadhan. InsyaAllah ganjaran mereka yang berjaya graduate daripada Madrasah Al-Ramadhan ini sangat besar, hanya kepada mereka yang ikhlas.

Sambutlah Aidilfitri dalam lingkungan syariat. Ingatlah Aidilfitri bukan perayaan bangsa. Cara sambutannya mestilah selari dengan tuntutan agama. Kita disunatkan untuk Solat sunat Aidilfitri berjemaah, memakai pakaian yang bersih, baik dan cantik dan menutup aurat. Bila kita berbicara tentang aurat, kita berbicara tentang aurat keseluruhan. Bukan hanya tudung semata. Batas pergaulan juga harus dijaga. Syawal bukan lesen untuk kita berbuat sesuka hati. Ziarah menziarahi juga sangatlah digalakkan, ketika itu kita boleh mengambil kesempatan mengeratkan tali silaturrahim yang mungkin longgar seketika dulu. Buangkan rasa ego, prejudis, hasad dan dengki sesama kita dan bina jambatan ukhuwah yang baru kerana kita ummat Islam adalah bersaudara dan sering perlu menyokong antara satu sama lain. Al-Quran mengajar kita menghormati antara satu sama lain, memuliakan persaudaraan sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara. Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah.

Dengan izin Allah, insyaAllah diharapkan momentum ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan akan terus berterusan dan segala ilmu yang dipelajari akan memberikan kita satu dimensi pemikiran yang baru yang lebih memahami erti hidup beragama dan berTuhan. InsyaAllah.

Dengan itu saya Azwan Ngali, dengan serendah-rendah hati, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada teman-teman serta rakan pembaca jika selama ini tindak tanduk saya dari segi tutur kata dan perbuatan ada mengguris perasaan sepanjang perkenalan kita. Sesungguhnya fitrah saya seorang manusia sering melakukan kesilapan, itu semua adalah kelemahan saya dan saya memohon maaf. Hanya Allah saja yang Maha Sempurna.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya dan sampaikan salam saya kepada ahli keluarga sanak saudara. Moga diberkati perjalaan dan selamat sampai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Allahu akbar. Walillahil hamd’.

 

Leave a Comment

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

..ataupun orang tempatan di sini panggil “Masjid Besi” sebab sktruktur senibinanya luarannya diperbuat drpd besi 100%. Mula dibina pada tahun 2004 dan selesai pada tahun 2009 dengan kos pembinaan berjumlah RM 208 juta. Nama masjid ni diambil daripada nama Tuanku Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Antara keunikan masjid ini adalah

1. Dibina atas tasik buatan manusia, kalau malam bulan terang serigala berkeliaran, ditambah dengan limpahan lampu dari dalam, nampak drpd jauh seolah2 masjid ni dibina atas cermin, terima kasih kpd pantulan bayangan masjid daripada air.

2. Artikek yang design masjid ni pun bijak pandai menggunakan konsep district cooling system dalam proses rekabentuk masjid ni. Hasilnya tiada sebilah kipas atau aircond pun dipasang di dalam masjid ni. Sumber angin datang daripada luar yang bertiup merentasi tasik, lalu ke dalam dewan solat jemaah. Tapi kalau waktu ramai jemaah terutamanya solat Jumaat, solat tarawikh dan solat sunat raya dan angin tak berapa nak bertiup, ketiak anda akan berpeluh, dan kulit kepala anda akan berkuap di bawah kopiah sebab panas, maka waktu mcm ni diperlukan jugak kipas berdiri dipasang.

3. Di luar dewan solat utama, ada kolam dan taman cantik untuk gedik santai. Bila waktu Ramadhan, walaupun selepas selesai 8 rakaat tarawikh, ramai jugak yang duduk di tepi2 bersama keluarga.

Hampir setiap tahun saya solat tarawikh di sini sebab jemaahnya ramai. Parking lotnya luas, tak perlu berebut tak seperti Masjid Putra. Parking berlapis2. Suasananya pun meriah walaupun usai 23 rakaat tarawikh semacam pesta. Pesta Ramadhan. Ini budaya kool. Budaya lepak masjid 😉

Masjid ni pulak kaya dengan aktiviti2 berunsur kerohanian. Sebelum masuk dewan solat ada LCD canggih besar untuk rujukan maklumat aktiviti yang kerap/bakal diadakan. Terima kasih JAKIM. Mungkin boleh berjinak2 ke sini kalau lapang waktu.

Oh ya, saya pernah hilang selipar dua kali kat sini. Mungkin yang terambik selipar saya tu keliru dan dalam darurat. Halalkan.

Rujukan: http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/

2 Comments

Ramadhan Mubarak.

Assalamualaikum.

Selamat datang Ramadhan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun ni.

Ramadhan mengajar kita erti bagaimana untuk merafakkan kesyukuran atas segala nikmat yg telah diberikan sepanjang waktu kita bertapak atas muka bumi ini. Ramadhan juga mendidik kita untuk kembali ke fitrah, mendidik kita untuk mengawal hawa nafsu yang kita biarkan bebas meliar sepanjang sebelas bulan yang terdahulu. Wajarlah ia ditundukkan kerana pada waktu ini segala tindakan kita adalah atas kehendak kita, bukan drpd dorongan syaitan.

Maka tundukkanlah pandangan, kurangkan kata2 yang boleh mengundang bait2 dosa, perbanyakkan amalan sunat, kukuhkan yang wajib. Insyaallah Ramadhan kali ini akan terasa indah. Nasihat untuk kita semua.

Terima kasih jugak untuk team manager yang memberikan saya kebenaran untuk berbuka puasa bersama keluarga dahulu & melaksanakan solat tarawikh berjemaah seperti tahun lepas. Semoga hidayah Islam sampai ke hati beliau satu hari nanti.

Sapo tak puaso takleh rayo!

Leave a Comment

Wajah kesayangan hamba.

[youtube]http://youtu.be/Ag96zsykd1g[/youtube]

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

P/s: Hail Amir Ku Trick Ibunda

Leave a Comment