“Belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh kerja bagus, gaji besar, rumah besar.”
Salah satu objektif utama dalam bab-bab parenting ni adalah nak mendidik anak supaya dah besar nanti jadi orang berguna & bukan penagih dadah. Ayat klise kat atas tu confirm setiap mak-bapak akan aplikasikan kepada anak-anak mereka walaupun sekali. Mana ada mak-bapak nak tengok anak diorang jadi rempit?
Jadi kita sebagai anak yang ada rasa tanggungjawab ni pun, berusahalah bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita mak bapak. Dengan fasiliti yang disediakan oleh mak-bapak dan kerajaan, kita pun pergilah ke sekolah,masuk universiti, cuba score sehabis baik waktu exam, cari kerja best-best gaji besar so boleh beli kereta best dan rumah best.
Bila mak-bapak dah pencen, turn kita pulak jaga diorang, bagi diorang cucu, dan biaya perbelanjaan mereka hari-hari. Paling best hantar diorang pergi umrah/naik haji.
Gaji besar itu kool
Dulu waktu belajar aku fikir ada kerja bagus, hidup kita akan automatik jadi kool dan best. Tapi orang tak pernah story yang kita kena bangun pagi pukul 6, jangan sampai opis lewat, kena harung jem pagi dan petang, kena masuk meeting lewat malam secara automatiknya tidur lewat untuk mencapai status kehidupan yang kool dan best tu.
“Sampai bila nak kerja makan gaji bang, join program kami boleh retire young retire rich”
Story kat atas tu pun boleh jadi modal best untuk geng MLM untuk scam mangsa.
Selepas 7 tahun aku berkecimpung dalam dunia keparat 9-6 ni aku dapat belajar sesuatu. Semua benda ni overrated. Kegembiraan tu tak total. Rasa seronok tu awal-awal je masa baru lepas graduate. Menjelang tahun ke-5 kau jadi bengong. Antara contoh paling ketara, kau dah mula rasa settle down. Tak perlu nak carik environment baru. Bila tak carik environment baru, kau tak terasa nak carik challenge yang baru gak.
Masa dekat MSU dulu, waktu kelas Software Development, lecturer aku pernah bertanyakan satu soalan yang sampai sekarang aku ingat.
“Which one is more important, good salary or good work environment?”
Jadi macam biasalah, budak-budak. Semua jawab nak gaji besar. Environment boleh tolak tepi janji hujung bulan masyuk. Aku pun dulu dalam kelompok yang rasa good salary tu penting. Tapi lepas 5 tahun, dengan gaji yang above average market, aku still tak happy dengan work environment aku. Work environment ni bukan semata2 hubungan kau dengan boss & colleague je. Hubungan dengan proses dan prosedure ditokok tambah dengan perangai puaka manusia pun kena ambik kira. Gaji banyak tapi hari-hari balik rumah kepala kusut pun tak guna. Ini masalah tipikal.
Sebab itu ramai antara kawan-kawan kita yang keluar dari golongan tipikal seperti di atas. Ada yang mula berniaga sendiri. Jual tudung, jual kain, jual barangan bayi. Rata-rata mereka ni ramai yang berjaya. Kadang-kadang ada juga perasaan nak cuba keluar daripada golongan tipikal, tapi keadaan tak beberapa mengizinkan. Tapi perasaan macam ni banyak diluahkan di meja kedai mamak Pelita Cyberjaya dengan kawan-kawan yang mempunyai idea yang sama tapi macam biasa la cakap kosong. Sembang lebat, teh o ais bergelas-gelas habis, tapi habuk pun tarak.
Minimalis
Memandangkan untuk mencari jalan keluar daripada kehidupan tipikal seperti berniaga jual tudung tu memang takkan tercapai, aku adjust sedikit approach untuk cari jalan keluar. Sejak tiga bulan lalu aku join organization baru yang membenarkan aku telecommute. Permanent work from home. Report pun dekat US/UK. Cuma occassionally aku kena travel keluar Malaysia untuk meeting (jalan-jalan?). Secara automatik aku dah tak perlu risau isu traffic jam pagi dan jugak harga tol yang bakal naik Oktober ni. Duit/masa yang dapat dijimatkan boleh la disalurkan kepada benda lain seperti tambah subsidi Touch and Go Alin dan jugak shopping buang duit dekat Lazada.
Bila duduk rumah, jiwa surirumah serta merta muncul dalam diri. Sekarang aku seronok pulak mengemas rumah hari-hari. Hari-hari nak mop lantai. Kalau diikutkan separuh kehidupan minimalis tu aku dah achieve. Cuma lagi separuh tu terpulang dekat diri apa kriteria yang diperlukan untuk memenuhkan konsep kehidupan minimalis tersebut. Objektif aku mudah. Pindah kampung, masuk kursus ternak cendawan.
Tapi semua tu tak mudah. Kecuali kalau nama bapak kau Najib Tun Abdul Razak, kau kena usaha sendiri macam mana nak cari jalan keluar. Langkah permulaan, simpan duit banyak-banyak.
Selamat malam.
Leave a Comment