Skip to content

Menara KL Towerthon 2015

“Sape tak signup event ni dia chicken!”

Sound Teck Meng dekat group Whatsapp Kelab Kesihatan.

Serta merta masing-masing terus upload screenshot registration dalam group. Aku pun sign-up jugak walaupun langsung hapeh takde rasa konfiden nak lari naik tangga dengan badan gemuk macam ni. Orang kata tak baik untuk lutut sebab kepala lutut boleh tercabut daripada soket lutut. Ini menggusarkan aku yang sudah mempunyai isteri di rumah. Ha ha ha.

Towerthon ni adalah satu benda baru yang kitorang sebenarnya nak cuba. Selalunya lari atas straight terrain dgn elevation yang minimal. Tahun lepas aku dgn Azim (@azim_ali) dah cuba Salomon Trail Run dekat MAEPS. Malam sebelumnya hujan lebat. Penganjur terpaksa reroute jalan untuk keselamatan. Daripada 10KM jadi 12KM. Trail pulak becak berlumpur macam puaka. Orang lain complete 12km 2 jam, kitorang nak dekat 3 jam baru sampai ambik medal.

So bila aku ajak Azim buat towerthon, laju je Azim giveup dengan alasan nak turunkan kilo dulu. Tapi takde pun inisiatif nak kasi kurus badan. Makan Chicken Kabsah Mukalla siap garlic mayo sepinggan macam beruang jugak.

Untuk persediaan Towerthon kali ni, mula-mula aku pasang cita-cita nak lari naik tangga apartment rumah daripada bawah sampai tingkat 9 sambil bawak guni beras 20 kilo untuk training, dan syukur Alhamdulillah, dengan mental strength yang jitu, aku berjaya jugak sampai ke tingkat 9 dengan menggunakan lif.

Sehari sebelum towerthon, aku ajak Alin teman ikut sekali sebab aku tak familiar dengan parking area Bukit Nanas tu. Memandangkan flag off untuk kategori A seawal pukul 5.30 AM, so Alin ajak masuk tidur awal. Pukul 3.00 AM aku dah terjaga & kejut Alin suruh siap.

“You pergi sorang la, I nak tido. Nanti you parking la dekat ….zzzz”

Tak sampai lima saat, dia sambung dengkur balik. Nak masuk tahun ketiga berumahtangga ni, aku patut dah dapat anticipate yang kejadian macam ni mesti berlaku punya. Lalu cepat-cepat aku siap dan terus pergi jumpa bebudak dekat Dell so boleh carpool sekali.

Sampai dekat KL Tower, orang memang ramai. Awek pun ramai jugak. Sempat cuci-cuci mata seround. Borak dengan sorang mat saleh ni, dia kata ini second time dia join Towerthon. Kawan dia yang ajak dulu masa towerthon kali pertama FFK dia.

‘This is a f***ing bad idea.”, kata mat saleh tu, sambil terus lari hilang dalam kegelapan subuh.

Flag off.

Flag off Towerthon ni dipecahkan kepada beberapa group mengikut nombor bib. Untuk first group, diorang akan lepaskan bib daripada no 1000 ke 1300, 1301 ke 1600 dan seterusnya. Sebelum mendaki tangga menara, peserta akan lari sejauh 500 meter mendaki Bukit Nanas untuk crowd separation. Bila crowd dah separated, trafik manusia dekat tangga menara tu dah tak congested. Masa flag off, aku tengok geng-geng Afrika ni dah sprint macam pelesit, tinggalkan crowd kat belakang. Aku jog/run casual je sebab tak guna pecut laju-laju macam setan, tapi kat tangga nanti barai. Ini menyebabkan objektif utama kita gagal sama sekali.

Menara Kuala Lumpur ada lebih kurang 2058 anak tangga. Tangga yang peserta akan lari adalah tangga kecemasan menara. Setiap empat (4) flight of stairs dikira satu level. Untuk sampai ke puncak ada 23 level (T23), manakala water station disediakan setiap empat level. T4, T8, T12 dan T16. Pengudaraan dalam kawasan emergency staircase tak berapa elok, jadi memang kepam habis dengan bau peluh manusia. Stair-railing pun basah, dan kadang-kadang boleh nampak sekelompok muntahan manusia akibat pendakian ekstrim dan juga yang bijak pandai belasah roti canai sebelum lari.

Waktu dekat T5, aku dah semput habis mintak nyawa. Jantung rasa macam nak meletup. Lutut pulak sakit gila. Entah-entah daging dalam tu dah hancur ke hape. Baju dah kuyup lencun dengan peluh. Langkahan pun makin slow. Perasaan menyesal dah mula timbul. Aku mula fikir bestnya kalau dapat baring selubung dalam selimut dengan aircond time-time ni. Ni duduk berpeluh penat panjat tangga ni ape kejadahnye?

Jangan Mengalah.

But I’m not paying RM 45 to come here and give up.

Kadang-kadang aku stop untuk regulate pernafasan balik. Bila dekat water station, aku rilek depan kipas angin untuk sejukkan badan. Air 100 Plus free pun aku minum sekali je sebab kalau minum banyak-banyak confirm lagi susah nak mendaki. Waktu tu aku tengok ramai brader-brader yang dah terduduk bungkam tepi dinding. Daripada pandangan anak mata diorang aku tau diorang pun rasa menyesal pergi panjat tangga pagi-pagi Subuh.

Lepas rest beberapa minit, aku start mendaki balik. Waktu tu aku tengok dah ada orang yang start potong aku. Bila aku tengok nombor bib diorang, nombor 14xx. Damn, ini bermaksud second group dah start pintas aku. Ni tak boleh jadi. Aku cuba daki cepat cepat untuk misi menyelamatkan maruah, tapi ianya merupakan kerja sia-sia sebab ia akan drain life-force korang dan menjadikan korang lagi barai.

So aku biarkan diorang potong aku. Climb with your own pace. Finishing time tak berapa penting, janji sampai ke garisan penamat. Bila dah dekat T22, aku dengar bunyi gendang. Lepas tu aku dengar suara kawan aku Amir & Ipin bersorak macam orang gila. Garisan penamat makin dekat. Fotografer mula mengambil gambar finisher.

Akhirnya aku sampai jugak dekat finishing line. Dapat free pisang dengan air badak jenama Cool Rhino.

Finisher Medal.

Finisher medal. 52:00″

Walaupun benda ni pun jatuh dalam kategori kerja gila pagi-pagi Ahad, tapi aku bangga sebab sampai finishing line. Bila post-mortem dengan kawan-kawan, aku buat kesimpulan benda yang jadi batu penghalang dalam hal ni adalah mental strength. Fizikal suprisingly tak berapa sangat. Kaki lagi sakit bila lari waktu Trail Run haritu.

Lepas habis acara, kami terus pergi lepak pekena breakfast roti banjir spesel dekat Selangor Mansion building. Topap habis kalori yang kitorang guna waktu panjat tangga tadi.

Tips aku untuk first timer mudah je. Jangan makan berat-berat sebelum lari untuk mengelakkan anda terkeluar isi perut waktu mendaki. Ini applicable untuk early morning run jugak. Kalau nak makan jugak, makan pisang dan yang paling mustahak, stay hydrated. Mental strength biar kental. Finishing time tak penting, janji complete the race.

Tahun depan in sha Allah kalau takde aral melintang, kami join lagi. Kali ni target bawah 40 minit pulak.

Waktu kami turun daripada menara ke kereta, kami nampak brader Afrika yang menang No 1 kategori A ikut lari sekali lagi bersama dengan kategori veteran. Kami syak yang sebenarnya bukan dia yang lari tapi hantu raya belaan dia.

Published inLife

2 Comments

  1. Buah Berangan di Luar Pagar Buah Berangan di Luar Pagar

    Very sweet wife you have there. She went back to sleep so you can cuci mata tgk aweks.

    • azwan.ngali azwan.ngali

      #Untunglah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.