..ataupun orang tempatan di sini panggil “Masjid Besi” sebab sktruktur senibinanya luarannya diperbuat drpd besi 100%. Mula dibina pada tahun 2004 dan selesai pada tahun 2009 dengan kos pembinaan berjumlah RM 208 juta. Nama masjid ni diambil daripada nama Tuanku Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Antara keunikan masjid ini adalah
1. Dibina atas tasik buatan manusia, kalau malam bulan terang serigala berkeliaran, ditambah dengan limpahan lampu dari dalam, nampak drpd jauh seolah2 masjid ni dibina atas cermin, terima kasih kpd pantulan bayangan masjid daripada air.
2. Artikek yang design masjid ni pun bijak pandai menggunakan konsep district cooling system dalam proses rekabentuk masjid ni. Hasilnya tiada sebilah kipas atau aircond pun dipasang di dalam masjid ni. Sumber angin datang daripada luar yang bertiup merentasi tasik, lalu ke dalam dewan solat jemaah. Tapi kalau waktu ramai jemaah terutamanya solat Jumaat, solat tarawikh dan solat sunat raya dan angin tak berapa nak bertiup, ketiak anda akan berpeluh, dan kulit kepala anda akan berkuap di bawah kopiah sebab panas, maka waktu mcm ni diperlukan jugak kipas berdiri dipasang.
3. Di luar dewan solat utama, ada kolam dan taman cantik untuk gedik santai. Bila waktu Ramadhan, walaupun selepas selesai 8 rakaat tarawikh, ramai jugak yang duduk di tepi2 bersama keluarga.
Hampir setiap tahun saya solat tarawikh di sini sebab jemaahnya ramai. Parking lotnya luas, tak perlu berebut tak seperti Masjid Putra. Parking berlapis2. Suasananya pun meriah walaupun usai 23 rakaat tarawikh semacam pesta. Pesta Ramadhan. Ini budaya kool. Budaya lepak masjid 😉
Masjid ni pulak kaya dengan aktiviti2 berunsur kerohanian. Sebelum masuk dewan solat ada LCD canggih besar untuk rujukan maklumat aktiviti yang kerap/bakal diadakan. Terima kasih JAKIM. Mungkin boleh berjinak2 ke sini kalau lapang waktu.
Oh ya, saya pernah hilang selipar dua kali kat sini. Mungkin yang terambik selipar saya tu keliru dan dalam darurat. Halalkan.
diam2 ko wat blog yeee
Haha, sape pulak stalker jaya ni. Kaget jap.