Skip to content

Month: October 2008

Krisis subprima dan kejatuhan Wall Street?

Lari tema raya. Topik bebas. Caruk.

Nama nama besar seperti Lehman Group, Merill Lynch (diambil alih oleh Bank Of America bagi menyerap impak kesan liquidity (pencairan?) dan Goldman Sach sudah terjelepuk jatuh. American International Group (AIG) sudah nyawa nyawa ikan dan terpaksa diselamatkan oleh Kerajaan US dengan pinjaman dana tersimpan sebanyak USD 85 billion untuk memastikan aliran wang tunai sentiasa berapung (floating). Wall Street yang dilambangkan sebagai simbol kuasa mutlak kapitalis mengawal ekonomi dunia kini sudah tidak mampu melakukan apa apa bagi mengelakkan krisis subprime yang makin tidak terkawal, lebih teruk daripada berlakunya The Great Depression pada tahun 1929.

Tanpa bailout daripada pemerintah, krisis kewangan yang menimpa Wall Street tidak hanya melumpuhkan ekonomi US, juga menyeret ekonomi dunia ke dalam recession. Keadaan ekonomi US saat ini dilanda inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi yang melambat, angka pengangguran yang melonjak, serta defisit bajet dan defisit timbangan pembayaran yang terus sakit.

Untuk mengelakkan US tercampak semula ke dalam The Great Depression Episod Dua, maka kerajaan US terpaksa merancang sesuatu bagi menyelamatkan ekonomi mereka yang makin punah iaitu proses bail-out dimana semua hutang hutang Wall Street diambil alih kerajaan pemerintah dan suntikan dana diberikan agar operasi mereka dapat dijalankan seperti biasa.

Pada 23 September lepas, satu undian bagi perlaksanaan Emergency Economic Stabilization Act diadakan di dalam sidang Dewan Rakyat US di mana idea untuk memperuntukkan USD 700 billion bagi mengambil alih semua urusniaga Wall Street dikemukakan. Tetapi perlaksanaan akta itu tidak dapat dilaksanakan apabila undian itu tewas dengan bilangan undi 228-205. Ini menyebabkan harga saham di Wall Street jatuh teruk disebabkan hilangnya keyakinan pelabur akan kekukuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa pernah dahulu satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa ekonomi kapitalis ini akan jatuh satu hari nanti. Wang ringgit yang dicetak tiada lagi nilainya apabila sistem mereka tumbang. Sebab itulah beliau pernah menyarankan bahawa sistem dinar emas dilaksanakan sebagai alternatif menggantikan wang kertas, memandangkan nilai emas sukar untuk susut dan sentiasa bernilai. Selain daripada itu Tuan Guru Nik Aziz juga pernah menyuarakan idea yang sama iaitu syiling emas sebagai mata wang menggantikan wang ringgit. Tetapi tidak ramai yang bersetuju dengan idea mereka disebabkan keyakinan membuta mereka akan kekuatan sistem ekonomi kapitalis dunia. Rasanya semua dah dijelaskan dalam Al-Quran. Cuma bila akan berlaku, wallahu’alam. Sudah terasa dicuit cuit sedikit pedih dicubit habis merah berdarah.

Bagaimana suasana ekonomi Malaysia? Terimpak tak? Artikel ini membantu. www.themalaysianinsider.com/index.php/business/9244?task=view

Salam Aidilfitri ketiga. Sekian dari Studio Satu.

Leave a Comment