Petang jumaat lalu , lewat keluar rumah ketika azan Zohor berkumandang, berlari-lari anak dengan berkain pelekat, berbaju melayu berkopiah hitam di tengah-tengah cuaca mendung ke Masjid kawasan perumahan Seksyen 7 yang baru mendapat kebenaran JAIS untuk dilakukan solat jumaat , memandangkan dahulukala pilihan terdekat adalah di Pusat Islam UiTM ataupun masjid negeri atau masjid di kampus tapi memandangkan situ dah terdekat, x perlulah membazir-bazir petrol solat jauh dari rumah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” – Al-Jumu’ah: 9
Disebabkan keluar lewat maka dapat saf belakang, di luar masjid timbul sesalan tak berbelah bahagi kerana leka bermain NFS carbon bukanlah bersiap berwangi bercukur , berketip kuku kaki mengikut sunnah Rasulullah. Jadi duduklah dengan kanak-kanak di saf belakang. Khutbah sang khatib pun tak berapa kedengaran, pakcik di sebelah terliuk lentuk tersengguk sengguk mungkin letih bekerja dari pagi ya. Tak lupa juga ramai kanak-kanak sekolah berumur dari lingkungan 8 ke 10 tahun mengikut cara perbualan dan tabiat biasa kelihatan di mana-mana masjid ketika solat jumaat , berborak dengan suara yang kuat , terjerit2 sambil karate pinggang kawan sendiri sebab galak diusik dan dikutuk.
Konsentrasi terganggu. Khutbah tak dengar , cerita cerita keduniaan yang berlegar di halwa telinga.
“Dalam banyak-banyak channel kat TV , korang suka tgk channel berapa?”
“Aku suka Channel 62!”
“Bukan Astro la , channel TV 1 sampai TV9″
“Aku suka TV 8! Sebab banyak kartun”
“Ooo ok aku suka TV3 sebab pagi2 kartun best!”
“Tak aci! aku nak TV3 gak!!”
Oh TV3 pagi pagi rancangan kanak-kanak , teringat kawan bernama Ana Alisha dah jadi host programme amende tah, baru perasan haritu. Aktif ya Ana Alisha. Berbisik hati , terganggu konsentrasi lagi, markah solat jumaat makin kurang.
“Ok ok jom kita main nombor ekor!”
“Jom jom”
Nombor ekor pulak dah , ni makin teka 4 digit jackpot menang berjuta juta free one way ticket ke neraka ke? Janganlah adik-adik.
“Kita main sampai 30 je, aku amik 28″
“Aku 26!”
“Aku 15!”
“Nombor ekor!”
“1..2..3…15..16..26!”
“Haha, aku menang”
Dipulasnya batang hidung sang kawan-kawan. Sang kawan-kawan menurut diam rela hidung dipulas sampai berkerut-kerut dahi. Suara makin galak tergelak-gelak. Aku hilang sabar tapi tertahan-tahan tak mahu keluarkan isyarat apa-apa.
“Syhhh!”
Seorang pakcik menyuruh mereka diam. Alahai hilanglah pahala khutbah pakcik , janganlah dihiraukan mereka. Tegur ketika selesai solat jumaat.Teringat dahulu ustaz pernah berkata.
“Walaupun kita memberi isyarat suruh mereka diam dengan tangan pun sudah dikira hilang pahala khutbah Jumaat”
Sebab tu lah elok berdiam saja. Tahan telinga , lain kali datang awal, duduk saf pertama bersama imam , lebih banyak pahala. Gangguan zero kecualilah kepala berfikir hal-hal duniawi , awek ke apa ke , nak terkencing ke apa ke.
Wahai Masjid Seksyen 7 , eloklah ditambah speaker di luar , senang jemaah lebih tertumpu kepada khutbah , ini tak dengar langsung hanya samar-samar saja. Sedangkan ahli kariah Masjid semua berpangkat datuk tan sri , org berada. Tapi terima kasih nasi minyak yang boleh tahan sedap ayam masak merah , dalca sayur , air mineral dan juga pisang boleh tahan besar pengubat luka di jiwa.
Bapak kena prihatin kalau bawak anak-anak bawah umur ke Masjid , jangan bagi campur dengan kawan-kawan alamat bala la jemaah lain hilang konsentrasi. Nak didik anak , biar dengan cara yang betul. Duduk bersama-sama mereka jadi mereka x berani nak buat havoc kat saf belakang (atau menara masjid)
Tentang hukum tu , sesiapa yg lebih arif (saudara Yasir pun boleh jelaskan di situ ya) , sila tinggalkan di komen.
Selesai je solat jumaat. Haprak punya kutu. Maki secara halus dalam hati. Lantas dicapai telefon.
“Hello Faris! Hantar selipar ke surau sekarang!”
***
Di KL Sentral , sedang khusyuk dinner di McD berkeseorangan , sambil membaca buku yang baru dibeli di MPH KL Sentral tempat rasmi menunggu seseorang satu ketika dulu , kenangan indah terindah mengukir senyuman. Tiba-tiba seorang kanak-kanak bersongkok bersling bag , memegang sekeping CD dan juga balm hijau kononnya ada 1001 khasiat boleh sembuhkan pening kepala , sakit perut , luka luka ringan , melecur kena air panas , kena gigit serangga berbisa , kena pijak bigfoot , kanser otak , usus terbelit , kena santau , meracau-racau , kencing malam dan lain-lain.
“Abang , mintak derma untuk pembinaan sekolah kami di Kedah , boleh derma dengan beli CD nyanyian pelajar sekolah kami RM 20 dan balm ni RM 10 , banyak khasiat bang”
Balm RM 10? What a ripoff. Aku boleh beli lapan kat luar sana.
Tapi aku takde mood untuk mendengar explanation lebih lanjut. Tak mahu diganggu. Diseluk poket , lantas dihulurkan ke budak tu tanpa memandang.
“Abang sedekah je..”
“Terima kasih bang , semoga Allah memberkati.”
“Sama-sama”
Keluar daripada McD nak beli tiket transit ERL , diseluk poket. Muka mula biru pucat tak berdarah.
Rupa-rupanya aku kasi dia sekeping note RM 100!
Gung gung gung , bunyi hantukan kepala kat ATM Machine , terpaksa withdraw duit lagi. Semua org pandang. Duit tu patutnya nak beli DVD-RW. Lantas terpaksa tunda lagi ke satu tarikh yang tak diketahui.
Lain kali , tengok dulu sebelum hulur jangan main taram je , takpelah saya halalkan je.
***
Dalam ERL dari KL Sental ke Putrajaya , duduk berhadapan dengan seorang gadis manis vogue berambut pendek paras leher , berpakaian casual kemas seperti baru pulang dari office, muda licin kulit putih , hidung mancung , dagu teracu cantik , mata bersinar-sinar.
Cantik ya.
Memang cantik.
Kan lebih cantik kalau budibahasanya secantik orangnya.
Senyum.
Dia pun senyum.
Senyum balik..
Dia pun senyum , menjeling ke tingkap luar gelap gelita sang malam.
Wah , ada respon.
Senyum lagi , senyum senyum tak mampu nak kata apa. Si pemalu. Pemalu tak bertempat.
Hati makin utuh mengumpul kesungguhan hendak membuka suara..
“Ehem.Boleh saya tahu nama saudari.. Nama saya ….”
“Tutt tuttt..”
Telefon berpolifonik berdering bergema satu coach.
“Hello , abang. Yati on the way dalam train ni. Nanti abang amik budak-budak kat tempat tuisyen nanti ya?”
Benda yang last sekali aku nampak ialah imej sang gadis di depan mata berkaca kaca seperti ada cecair di dalam mata. Air mata bergenang-genang bila mengenangkan sang gadis di depan rupanya isteri orang.
Malang sungguh hari Jumaat lepas ya. Sungguh bala.
Be First to Comment