Pada sesiapa yang baru pertama kali membuang undi. Hari ni cikgu akan memberikan tunjuk ajar berserta gambar sebagai panduan penunjuk jalan ku gapai impian pada 8 Mac nanti. Panduan ini disertakan dengan foto-foto yang diambil semasa Pilihanraya Umum 2004 lepas.
1. Setiap pengundi akan dimaklumkan oleh SPR tempat membuang undi, kebiasaannya akan diadakan di sekolah ataupun balairaya (selalunya sekolah). Setiba di sana anda perlu memeriksa nama anda dan di mana saluran (polling stream) anda untuk membuang undi, kecuali jika anda tinggal di satu kawasan di mana jumlah pengundi adalah sedikit, kebiasaannya akan hanya terdapat satu saluran sahaja. Untuk lebih mudah bagi mengelak untuk membuang masa dengan beratur lama, sila lawat website SPR dan masukkan no kad pengenalan anda untuk memeriksa saluran anda.
2. Seterusnya, anda perlu pergi ke saluran di mana tempat anda membuang undi, kebiasaanya di dalam bilik darjah. Bersedialah untuk beratur. Kalau panjang, nasiblah. Bawak Sony PSP atau iPod jika perlu. SMS/Call girlfriend/boyfriend pun boleh. Takde masalah. Bawak laptop dengan Maxis broadband modem? Apsal mengada sangat ni?
3. Setibanya giliran anda, berjalan perlahan menuju ke meja kerani SPR dan beliau akan meminta kad pengenalan anda. Berikan kad pengenalan anda kepada kerani tersebut agar beliau dapat memeriksa samada nama anda ada dalam senarai pengundi. Kemudian beliau akan membaca semula nama, no kad pengenalan dan memalang nama anda di dalam senarai pengundi menandakan anda hadir mengundi. Jika beliau meminta no telefon anda, abaikan saja kalau beliau itu makcik/pakcik yang memang boleh tahu dia sudah kahwin dengan hanya dengan pandangan mata kasar. Kalau bujang lagi, sukati kau la nak.
Nota: Jangan ada affair dengan laki/bini orang.
4. Bila nama anda diumumkan, pegawai prosiding (menguruskan proses pilihanraya pada lokaliti tersebut) , ejen pilihanraya parti bertanding juga akan memalang nama anda daripada senarai pengundi.
5. Kemudian, kertas balot akan ditebuk (perforate) dan distemkan (stamp) sebelum diberikan kepada anda.
Nota: Pada pilihanraya yang lepas, kerani SPR akan menulis semula no siri pada counterfoil kertas balot anda. Ini merisaukan pengundi jika undi akan didedahkan kepada umum dan tidak menjadi sulit lagi. Ia tidak lagi menjadi isu kerana semua kertas balot akan di”seal” selepas proses pengiraan undi serta dilupuskan 6 bulan selepas pilihanraya. Ia sebenarnya menjadi kesalahan undang-undang jika kerani SPR itu menulis semula nombor siri kertas balot anda dan ia berkuatkuasa sejak pilihanraya peringkat negeri di Sarawak pada tahun 2006. Sila protes jika anda mendapati kerani tu masih menulis no siri anda. Protes, jangan maki/pukul/tendang/hantuk/bitchslap/sekeh/ kerani tu. Anda tanggung sendiri akibatnya kalau anda berlaku sedemikian.
Beri perhatian jika kerani SPR terkoyak lebih kertas balot untuk anda. Tekanan kerja. Ingat tak bosan ke duduk situ daripada pagi sampai petang. Dah tu ramai lagi pulak yang tengah beratur.
6. Bawa kertas balot anda ke polling booth. Perlu diingat. Kertas balot kuning adalah untuk Parlimen dan kertas balot biru adalah untuk Dewan Undangan Negeri (DUN). Pastikan tiada siapa yang mengekor anda atau CCTV berkelip kelip di atas siling. Hantukkan kepala mereka yang mengekor anda ke papan kenyataan kelas atau almari belakang. Jika ada CCTV, cabut kemudian lempar ke muka Pengerusi SPR. Sila protes dengan berguling atas lantai jika anda merasai privacy anda telah dicerobohi. Ingat, undi anda adalah rahsia.
7. Tandakan X pada kotak disebelah lambang parti yang ingin anda undi. Tanda X sahaja. Jangan gatal tangan nak lukis gambar ayam itik zirafah di dalam kotak tersebut. Email Friendster/Myspace/Facebook atau alamat blog anda pun jangan ditulis dalam tu. Nampak sangat anda ni gila publisiti. Kenapa tak boleh? Sebab undi akan dikira rosak jika terdapat sebarang simbol aneh selain X di dalam kotak tersebut. Jika anda ada sebarang pandangan/protes/ancaman/ugutan/carutan/makian/luahan hati/surat cinta/lirik lagu/dll sila tulis di atas kertas kosong yg anda bawa sendiri. Lipatkan bersama kertas balot dan masukkan ke dalam peti undi. Seorang kerani SPR akan berdiri di sebelah anda untuk memastikan anda memasukkan kertas balot dengan sempurna di dalam kotak undi, bukan racun arsenik atau timebomb.
Tahniah, anda baru saja menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Anda boleh pulang ke rumah atau menyimpang ke kenduri walimah kawan-kawan. Dengar katanya ramai orang buat kenduri kahwin jatuh pada hari mengundi. Malamnya pula nanti, duduk saja depan TV dan tunggu keputusan pilihanraya yang akan diumumkan dalam masa 24 jam selepas tamat waktu mengundi. Itu saja pelajaran kita hari ni ya anak anak. Sebarang soalan boleh ditujukan di ruangan komen bawah. Kami juga memberikan khidmat nasihat parti mana yang harus anda undi dengan percuma. Jangan segan, kami tak biased. Percayalah. Hahahaha.
** Credit goes to http://chinhuatw.wordpress.com for the pictures.
Be First to Comment