Skip to content

The Only Exception Posts

Fixing loud and clicky iPhone 6s home button

I bought a new iPhone 6s last month to replace my old trusty iPhone 5. Everything went fine and dandy as I’m enjoying the blazing speed of the latest iPhone hardware.

This morning I noticed my iPhone home button was very clicky and hard to press. The clicking sound was loud, even though it’s functioning properly. I had to apply twice as pressure to return to home screen. To make sure if I am the only one who is having the problem, I tested my wife iPhone 6s home button. As expected, hers is working as expected.

Afraid that I will break the home button sooner or later, I contacted Apple support. After 15 minutes talking over online support chat, they arranged me an appointment to nearest Apple Authorized Service Center, which is Machines IOI Mall Putrajaya. At the same time, I searched on the Internet if there’s any quick solution to fix the problem. Last time when I owned iPhone 3Gs, the quick fix was to ‘rub’ and ‘massage’ the home button.

I stumbled on one Youtube video asking the viewer if they have a solution to mend the issue, and there is one comment saying that you can fix the clicky issue by applying rubbing alcohol throughout the ring of the home button using tissue or cotton bud. Being adventurous, I followed the advice and it’s working!

 

IMG_0635

Other than cleaning your open wound from a bear attack, it also can save your iPhone home button.

So what needs to be done.

  1. Turn off your iPhone.
  2. Dip a tissue or cotton bud rubbing alcohol (isopropyl or ethanol)
  3. Press and hold your home button.
  4. Rub the tissue or cotton bud around the home button. Let it dry for a moment.
  5. Test your home button again.

If it’s still not working, I assume your home button flex ribbon was broken, and I advise you to contact Apple Support to arrange a proper hardware replacement schedule.

If it’s working, do share your experience in the comment section.

Until tomorrow.

12 Comments

Misteri di PARAM (Pasar Ramadhan)

Tadi aku tengah beratur nak beli Ayam Bob dekat PARAM Puncak Jalil ni. Tengah syok-syok beratur tiba-tiba aku rasa ada tiupan angin lembut dekat lengan kanan aku ni. Nak kata petang tadi berangin tak jugak. Kalau angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup takkan la dia fokus kat satu tempat je, iaitu belah lengan kanan aku. Tiupan angin tu pendek, tapi konsisten setiap beberapa saat.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang, orang kata kalau angin bertiup satu tempat ni tandanya ada langsuir sedang berjalan-jalan riadah berhampiran dengan aku. Tapi ni bulan puasa, mana datang hantu. Semua dah kena gari.

Pelan-pelan aku pusingkan kepala tengok belakang kanan aku.

Rupanya ada budak besar dalam darjah empat syok tiup lengan aku sampai dia tak perasan yang aku tengah tengok dia.

Jadi sepanjang perjalanan balik rumah tadi aku termangu memikirkan peristiwa petang tadi sampai kena hon dengan kereta belakang sebab lampu isyarat dah hijau.

Aku rasa misteri ni memang takkan terjawab sampai raya pertama.

Leave a Comment

Anak buah-buahan baru

Kelmarin adik aku baru je bersalin anak kedua. Ini maknanya aku dah ada anak buah yang baru! Lepas dia habis bersalin, tak sempat-sempat tunggu nurse tu habis gunting tali pusat, dia dah hantar gambar baby dekat Whatsapp.

Dah la muka sebijik photostat macam Rayyan (anak pertama). Harap-harap perangai baik sikit daripada Rayyan. Ini tidak, asal nampak kami datang rumah je mintak iPhone/iPad sebab nak tengok Upin Ipin dekat Youtube. Bukan nak salam tanya khabar ke apa. Bila kami nak balik, habis semua jiran tetangga kerumun dekat depan pagar rumah sebab dia menangis macam nak runtuh langit.

Waktu gambar ini diambil, proses pemilihan nama masih lagi berjalan penuh tertib. Habis semua website dalam Internet nama-nama bayi lelaki Islam kami punggah. Nama yang baik-baik tu banyak. Tapi aku harap jangan la letak nama hipster macam budak-budak zaman sekarang. Bagi nama Putera Afique Haiqal Nasiruddin, kang masuk sekolah budak panggil “Apek” je. Tak berguna langsung. Tak fikir ke budak tu nak ambik exam macam mana.

Tapi aku berkenan sungguh nak letak nama Riyadh. Biar power main bola macam Riyadh Mahrez.

Leave a Comment

Tak elok makan Mekdi selalu

McDelivery

Sejak Mekdi Equine Park melanjutkan kawasan penghantaran sampai dekat kariah rumah aku ni, ada beberapa hari dalam seminggu aku memang pepalih malas nak turun pergi carik nasik bungkus dekat Kedai Kuning deret Mydin, ataupun join kutu-kutu makan tengahari dekat Kedai Parman Dengkil, ataupun Mukalla restoran Arab Neo-Cyber yang garlic mayonaise-nya sangatlah ‘ekselen’

Jadi bila hari-hari malas dengan muka tak mandi, pakai kain pelekat duduk mengadap kerja di rumah, penyelesaian mudah untuk mengelak aku buat kerja dalam keadaan berlapar adalah dengan membuat pesanan online daripada website diorang. Penghantaran selalu tak lama, makan masa 30-45 minit juga bergantung kepada berapa ramai mak bapak yang double parking depan sekolah waktu tengahari, ataupun berapa banyak lokasi yang daripada dua lane jadi satu lane disebabkan kerja menampal jalan yang acapkali berlaku tiap-tiap minggu. Aku saspek malam-malam ada raksasa besar datang hentak kaki atas jalan Equine ni sampai berlubang. Kerja akak kerani kewangan MPSJ pun senang bila setiap tahun nak siapkan laporan audit kewangan. Hanya copy & paste “jalan berlubang” dan “Equine” dalam Microsoft Excel. Dulu dia guna mouse, sekarang dah pandai guna shortcut dekat keyboard.

Satu yang aku hangin dengan Mekdi ni, harga yang dia letak memang menyusahkan orang yang tak menyimpan syiling 5 sen dekat rumah. Kadang-kadang aku jadi kesian dekat rider yang hantar order ni raba poket sana sini atas bawah nak cari duit 5 sen untuk pulangan baki. Proses transaksi ni berpotensi untuk mengambil masa terlalu lama sekaligus mengundang jengahan jiran sebelah melalui tingkap lantas berteka-teki bilakah tarikh terakhir kami refill tong gas memasak.

Jadi untuk mengatasi masalah ni sekaligus menyuruh rider Mekdi ni balik selekas mungkin supaya aku boleh makan ayam goreng dengan aman sambil tonton cerita “Orange Is The New Black” yang penuh dengan aksi lesbian dalam penjara, aku mengamalkan sikap “keep the change” dekat rider Mekdi tu. Bila jumlah order aku contohnya RM 22.50, aku sengaja kasi RM 25.00 atas niat sedekah. Mana la tau dalam perjalanan dia semasa nak hantar order ni dia kena kejar babi hutan atau terpijak taik kucing. Sekurang-kurangnya diorang seronok menghantar order ke rumah kita. Muka pun tak kelat bila sampai depan pintu macam mintak kena lutut dekat perut.

***

Tapi dua tiga menjak ni rider yang hantar order aku ni adalah rider yang sama. Menyeringai je depan pintu tiap kali aku nak hulur duit. Aku rasa dia memang saja volunteer nak hantar order aku setiap kali nama aku keluar dekat sistem.

Sampai aku pun dah naik segan sebenarnya.

Leave a Comment

USB Tethering without iTunes

For god-knows reason, sometimes Wifi tethering doesn’t work so another choice is to tether over USB cable. But you don’t want to install bloated iTunes in your computer. You may try this alternative to enable USB tethering without iTunes.

Install these two files in a given order (Important, or else it won’t work)

a) AppleApplicationSupport.msi

http://bit.ly/1QfljcF

b) AppleMobileDeviceSupport64.msi

http://bit.ly/1MlIL1R

2. Plug your iPhone to the USB cable and enable USB tethering. Voila!

10 Comments

Minimalis

“Belajar rajin-rajin, nanti dah besar boleh kerja bagus, gaji besar, rumah besar.”

Salah satu objektif utama dalam bab-bab parenting ni adalah nak mendidik anak supaya dah besar nanti jadi orang berguna & bukan penagih dadah. Ayat klise kat atas tu confirm setiap mak-bapak akan aplikasikan kepada anak-anak mereka walaupun sekali. Mana ada mak-bapak nak tengok anak diorang jadi rempit?

Jadi kita sebagai anak yang ada rasa tanggungjawab ni pun, berusahalah bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita mak bapak. Dengan fasiliti yang disediakan oleh mak-bapak dan kerajaan, kita pun pergilah ke sekolah,masuk universiti, cuba score sehabis baik waktu exam, cari kerja best-best gaji besar so boleh beli kereta best dan rumah best.

Bila mak-bapak dah pencen, turn kita pulak jaga diorang, bagi diorang cucu, dan biaya perbelanjaan mereka hari-hari. Paling best hantar diorang pergi umrah/naik haji.

Gaji besar itu kool

Dulu waktu belajar aku fikir ada kerja bagus, hidup kita akan automatik jadi kool dan best. Tapi orang tak pernah story yang kita kena bangun pagi pukul 6, jangan sampai opis lewat, kena harung jem pagi dan petang, kena masuk meeting lewat malam secara automatiknya tidur lewat untuk mencapai status kehidupan yang kool dan best tu.

“Sampai bila nak kerja makan gaji bang, join program kami boleh retire young retire rich”

Story kat atas tu pun boleh jadi modal best untuk geng MLM untuk scam mangsa.

Selepas 7 tahun aku berkecimpung dalam dunia keparat 9-6 ni aku dapat belajar sesuatu. Semua benda ni overrated. Kegembiraan tu tak total. Rasa seronok tu awal-awal je masa baru lepas graduate. Menjelang tahun ke-5 kau jadi bengong. Antara contoh paling ketara, kau dah mula rasa settle down. Tak perlu nak carik environment baru. Bila tak carik environment baru, kau tak terasa nak carik challenge yang baru gak.

Masa dekat MSU dulu, waktu kelas Software Development, lecturer aku pernah bertanyakan satu soalan yang sampai sekarang aku ingat.

“Which one is more important, good salary or good work environment?”

Jadi macam biasalah, budak-budak. Semua jawab nak gaji besar. Environment boleh tolak tepi janji hujung bulan masyuk. Aku pun dulu dalam kelompok yang rasa good salary tu penting. Tapi lepas 5 tahun, dengan gaji yang above average market, aku still tak happy dengan work environment aku. Work environment ni bukan semata2 hubungan kau dengan boss & colleague je. Hubungan dengan proses dan prosedure ditokok tambah dengan perangai puaka manusia pun kena ambik kira. Gaji banyak tapi hari-hari balik rumah kepala kusut pun tak guna. Ini masalah tipikal.

Sebab itu ramai antara kawan-kawan kita yang keluar dari golongan tipikal seperti di atas. Ada yang mula berniaga sendiri. Jual tudung, jual kain, jual barangan bayi. Rata-rata mereka ni ramai yang berjaya. Kadang-kadang ada juga perasaan nak cuba keluar daripada golongan tipikal, tapi keadaan tak beberapa mengizinkan. Tapi perasaan macam ni banyak diluahkan di meja kedai mamak Pelita Cyberjaya dengan kawan-kawan yang mempunyai idea yang sama tapi macam biasa la cakap kosong. Sembang lebat, teh o ais bergelas-gelas habis, tapi habuk pun tarak.

Minimalis

Work from home starter kit. (Kit surirumah sepenuh masa). Provided by HDS.

A photo posted by Azwan Ngali (@blusmurf) on

Memandangkan untuk mencari jalan keluar daripada kehidupan tipikal seperti berniaga jual tudung tu memang takkan tercapai, aku adjust sedikit approach untuk cari jalan keluar. Sejak tiga bulan lalu aku join organization baru yang membenarkan aku telecommute. Permanent work from home. Report pun dekat US/UK. Cuma occassionally aku kena travel keluar Malaysia untuk meeting (jalan-jalan?). Secara automatik aku dah tak perlu risau isu traffic jam pagi dan jugak harga tol yang bakal naik Oktober ni. Duit/masa yang dapat dijimatkan boleh la disalurkan kepada benda lain seperti tambah subsidi Touch and Go Alin dan jugak shopping buang duit dekat Lazada.

Bila duduk rumah, jiwa surirumah serta merta muncul dalam diri. Sekarang aku seronok pulak mengemas rumah hari-hari. Hari-hari nak mop lantai. Kalau diikutkan separuh kehidupan minimalis tu aku dah achieve. Cuma lagi separuh tu terpulang dekat diri apa kriteria yang diperlukan untuk memenuhkan konsep kehidupan minimalis tersebut. Objektif aku mudah. Pindah kampung, masuk kursus ternak cendawan.

Tapi semua tu tak mudah. Kecuali kalau nama bapak kau Najib Tun Abdul Razak, kau kena usaha sendiri macam mana nak cari jalan keluar. Langkah permulaan, simpan duit banyak-banyak.

Selamat malam.

Leave a Comment

(Linux) Generate dummy segmentation fault

Create a new C file.

#include <stdio.h>

int main()
{
    puts((void *)((unsigned long long)-1));
    return 0;

}

Compile and run.

[[email protected] log]# gcc -o seg seg.c
[[email protected] log]# ./seg
Segmentation fault
[[email protected] log]# tail /var/log/messages
Aug 26 23:39:18 slave kernel: seg[7788]: segfault at fffffffffffffff0 ip 00007fee2413c231 
sp 00007ffdb268c488 error 4 in libc-2.12.so[7fee240bb000+18a000]
[[email protected] log]#

It is very useful if you are working on custom monitoring to track segfault daemons/services/applications on your server.

Leave a Comment

Menara KL Towerthon 2015

“Sape tak signup event ni dia chicken!”

Sound Teck Meng dekat group Whatsapp Kelab Kesihatan.

Serta merta masing-masing terus upload screenshot registration dalam group. Aku pun sign-up jugak walaupun langsung hapeh takde rasa konfiden nak lari naik tangga dengan badan gemuk macam ni. Orang kata tak baik untuk lutut sebab kepala lutut boleh tercabut daripada soket lutut. Ini menggusarkan aku yang sudah mempunyai isteri di rumah. Ha ha ha.

Towerthon ni adalah satu benda baru yang kitorang sebenarnya nak cuba. Selalunya lari atas straight terrain dgn elevation yang minimal. Tahun lepas aku dgn Azim (@azim_ali) dah cuba Salomon Trail Run dekat MAEPS. Malam sebelumnya hujan lebat. Penganjur terpaksa reroute jalan untuk keselamatan. Daripada 10KM jadi 12KM. Trail pulak becak berlumpur macam puaka. Orang lain complete 12km 2 jam, kitorang nak dekat 3 jam baru sampai ambik medal.

So bila aku ajak Azim buat towerthon, laju je Azim giveup dengan alasan nak turunkan kilo dulu. Tapi takde pun inisiatif nak kasi kurus badan. Makan Chicken Kabsah Mukalla siap garlic mayo sepinggan macam beruang jugak.

Untuk persediaan Towerthon kali ni, mula-mula aku pasang cita-cita nak lari naik tangga apartment rumah daripada bawah sampai tingkat 9 sambil bawak guni beras 20 kilo untuk training, dan syukur Alhamdulillah, dengan mental strength yang jitu, aku berjaya jugak sampai ke tingkat 9 dengan menggunakan lif.

Sehari sebelum towerthon, aku ajak Alin teman ikut sekali sebab aku tak familiar dengan parking area Bukit Nanas tu. Memandangkan flag off untuk kategori A seawal pukul 5.30 AM, so Alin ajak masuk tidur awal. Pukul 3.00 AM aku dah terjaga & kejut Alin suruh siap.

“You pergi sorang la, I nak tido. Nanti you parking la dekat ….zzzz”

Tak sampai lima saat, dia sambung dengkur balik. Nak masuk tahun ketiga berumahtangga ni, aku patut dah dapat anticipate yang kejadian macam ni mesti berlaku punya. Lalu cepat-cepat aku siap dan terus pergi jumpa bebudak dekat Dell so boleh carpool sekali.

Sampai dekat KL Tower, orang memang ramai. Awek pun ramai jugak. Sempat cuci-cuci mata seround. Borak dengan sorang mat saleh ni, dia kata ini second time dia join Towerthon. Kawan dia yang ajak dulu masa towerthon kali pertama FFK dia.

‘This is a f***ing bad idea.”, kata mat saleh tu, sambil terus lari hilang dalam kegelapan subuh.

Flag off.

Flag off Towerthon ni dipecahkan kepada beberapa group mengikut nombor bib. Untuk first group, diorang akan lepaskan bib daripada no 1000 ke 1300, 1301 ke 1600 dan seterusnya. Sebelum mendaki tangga menara, peserta akan lari sejauh 500 meter mendaki Bukit Nanas untuk crowd separation. Bila crowd dah separated, trafik manusia dekat tangga menara tu dah tak congested. Masa flag off, aku tengok geng-geng Afrika ni dah sprint macam pelesit, tinggalkan crowd kat belakang. Aku jog/run casual je sebab tak guna pecut laju-laju macam setan, tapi kat tangga nanti barai. Ini menyebabkan objektif utama kita gagal sama sekali.

Menara Kuala Lumpur ada lebih kurang 2058 anak tangga. Tangga yang peserta akan lari adalah tangga kecemasan menara. Setiap empat (4) flight of stairs dikira satu level. Untuk sampai ke puncak ada 23 level (T23), manakala water station disediakan setiap empat level. T4, T8, T12 dan T16. Pengudaraan dalam kawasan emergency staircase tak berapa elok, jadi memang kepam habis dengan bau peluh manusia. Stair-railing pun basah, dan kadang-kadang boleh nampak sekelompok muntahan manusia akibat pendakian ekstrim dan juga yang bijak pandai belasah roti canai sebelum lari.

Waktu dekat T5, aku dah semput habis mintak nyawa. Jantung rasa macam nak meletup. Lutut pulak sakit gila. Entah-entah daging dalam tu dah hancur ke hape. Baju dah kuyup lencun dengan peluh. Langkahan pun makin slow. Perasaan menyesal dah mula timbul. Aku mula fikir bestnya kalau dapat baring selubung dalam selimut dengan aircond time-time ni. Ni duduk berpeluh penat panjat tangga ni ape kejadahnye?

Jangan Mengalah.

But I’m not paying RM 45 to come here and give up.

Kadang-kadang aku stop untuk regulate pernafasan balik. Bila dekat water station, aku rilek depan kipas angin untuk sejukkan badan. Air 100 Plus free pun aku minum sekali je sebab kalau minum banyak-banyak confirm lagi susah nak mendaki. Waktu tu aku tengok ramai brader-brader yang dah terduduk bungkam tepi dinding. Daripada pandangan anak mata diorang aku tau diorang pun rasa menyesal pergi panjat tangga pagi-pagi Subuh.

Lepas rest beberapa minit, aku start mendaki balik. Waktu tu aku tengok dah ada orang yang start potong aku. Bila aku tengok nombor bib diorang, nombor 14xx. Damn, ini bermaksud second group dah start pintas aku. Ni tak boleh jadi. Aku cuba daki cepat cepat untuk misi menyelamatkan maruah, tapi ianya merupakan kerja sia-sia sebab ia akan drain life-force korang dan menjadikan korang lagi barai.

So aku biarkan diorang potong aku. Climb with your own pace. Finishing time tak berapa penting, janji sampai ke garisan penamat. Bila dah dekat T22, aku dengar bunyi gendang. Lepas tu aku dengar suara kawan aku Amir & Ipin bersorak macam orang gila. Garisan penamat makin dekat. Fotografer mula mengambil gambar finisher.

Akhirnya aku sampai jugak dekat finishing line. Dapat free pisang dengan air badak jenama Cool Rhino.

Finisher Medal.

Finisher medal. 52:00″

Walaupun benda ni pun jatuh dalam kategori kerja gila pagi-pagi Ahad, tapi aku bangga sebab sampai finishing line. Bila post-mortem dengan kawan-kawan, aku buat kesimpulan benda yang jadi batu penghalang dalam hal ni adalah mental strength. Fizikal suprisingly tak berapa sangat. Kaki lagi sakit bila lari waktu Trail Run haritu.

Lepas habis acara, kami terus pergi lepak pekena breakfast roti banjir spesel dekat Selangor Mansion building. Topap habis kalori yang kitorang guna waktu panjat tangga tadi.

Tips aku untuk first timer mudah je. Jangan makan berat-berat sebelum lari untuk mengelakkan anda terkeluar isi perut waktu mendaki. Ini applicable untuk early morning run jugak. Kalau nak makan jugak, makan pisang dan yang paling mustahak, stay hydrated. Mental strength biar kental. Finishing time tak penting, janji complete the race.

Tahun depan in sha Allah kalau takde aral melintang, kami join lagi. Kali ni target bawah 40 minit pulak.

Waktu kami turun daripada menara ke kereta, kami nampak brader Afrika yang menang No 1 kategori A ikut lari sekali lagi bersama dengan kategori veteran. Kami syak yang sebenarnya bukan dia yang lari tapi hantu raya belaan dia.

4 Comments