Tadi aku tengah beratur nak beli Ayam Bob dekat PARAM Puncak Jalil ni. Tengah syok-syok beratur tiba-tiba aku rasa ada tiupan angin lembut dekat lengan kanan aku ni. Nak kata petang tadi berangin tak jugak. Kalau angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup takkan la dia fokus kat satu tempat je, iaitu belah lengan kanan aku. Tiupan angin tu pendek, tapi konsisten setiap beberapa saat.
Tiba-tiba bulu roma aku meremang, orang kata kalau angin bertiup satu tempat ni tandanya ada langsuir sedang berjalan-jalan riadah berhampiran dengan aku. Tapi ni bulan puasa, mana datang hantu. Semua dah kena gari.
Pelan-pelan aku pusingkan kepala tengok belakang kanan aku.
Rupanya ada budak besar dalam darjah empat syok tiup lengan aku sampai dia tak perasan yang aku tengah tengok dia.
Jadi sepanjang perjalanan balik rumah tadi aku termangu memikirkan peristiwa petang tadi sampai kena hon dengan kereta belakang sebab lampu isyarat dah hijau.
Aku rasa misteri ni memang takkan terjawab sampai raya pertama.
Be First to Comment