Cerita zaman belajar dulu.
Pernah tak telefon 1300-13-1300? No telefon keramat ketika lapar menerjah perut. Tapi no tu sebenarnya tertakluk kat kawasan jajahan Mcdonalds masing-masing. Sila rujuk restoran Mcdonalds yang terdekat. Dekat Seksyen 7 Shah Alam ni ada 2 restoran Mcdonalds terhampir. Satu di Seksyen 3 bersebelahan roundabout Taman Tasik Shah Alam hampir dengan UiTM dan satu lagi di Seksyen 9, bersebelahan Plaza Masalam/Shah Alam Mall. Tapi kebanyakan order yang hadir daripada Seksyen 7 ni selalunya diuruskan dek Mcdonalds Seksyen 9. Tatau kenapa walhal Seksyen 3 lagi dekat, lihat seperti lagi banyak tunggangan untuk misi penghantaran. Mungkin nombor 9 tu lebih hampir dengan 7 berbanding 3. Tapi apa kena mengena pun. Seksyen 3 lagi dekat apa berbanding dengan Seksyen 9. Ah biarlah.
Cerita ni sudah berbulan lepas. Tak tergerak nak ceghita, tapi sudah lama tak update blog, takde idea. Koreklah apa idea sisa yang tinggal lantas curah sambil kunyah limau mandarin pagi pagi dalam lab. Lecturers cancel semua kelas sebab nak meeting untuk final exam. Dah tak jauh. Tak bau bau bacang dah. Perut rasa geli semacam je. Makan lagi limau mandarin, ini bijik yang ke-3. Siapa cepat dia dapat lah.
Malam kejadian tu sebenarnya baru saja pulang daripada Melaka. Rajin la ke Melaka. Komitmen dengan client jauh nun di bumi Hang Tuah. Sampai ke Seksyen 7 terus lapar. Lapar amat. Nak keluar tapi letih sebenarnya 1 jam 1/2 drive daripada sana ke sini. Mapley Khulafa’ dengan Hakim tu bukan jauh. Sepelaung je daripada rumah. Tapi kalau sudah pemalas tu pemalas juga. Capai telefon. Terus dail no keramat. Customer service Mcdonalds sudah kenal kita kalau kita selalu telefon. Terus sebut nama Azwan. Siap alamat lagi. Bagus bagus. Tak perlu kenalkan diri lagi. Pukul 3 pagi masih gagah melayan pelanggan. Hep, ini bukan layan gitu gitu, layan order pelangganlah. Pelanggan lapo malam-malam.
Nak dijadikan cerita malam tu order Large BigMac, Crispy Fried Chicken dengan Ribena. Jumlah semua sekali RM 18.30 termasuk kos penghantaran RM 3.00. Dalam hati dah tak kisah. Tengah lapar, letih siap kaki dah tak mampu nak menapak lagi maka duduklah atas tempat pembaringan. Tak lama kemudian dapat misscall daripada nombor asing. Sudah sampai barangkali lekas berbangun tuju ke pintu buka grill capai kasut dengan duit not RM 50.00 dalam tangan. Lambat sungguh Mcdonalds delivery ni nak dekat sejam lebih baru sampai.
“Err, abang takde duit kecik ke?”
Brader delivery tu bertanya.
“Takde la pulak. Ini je yang saya ada”
Dia membelek-belek porchbag, harapnya kalau ada duit tukar. Tak cukup ke porchbag, beralih ke wallet.
“Saya pun takde duit tukar ni bang. Duit tukar semua dah pakai kat rumah sebelum ni”
“La, takkanlah bawak duit spare change cukup-cukup je kalau dah tau banyak rumah buat order?”
“Tu la bang. Tak jangka pulak.”
Ceh, apakah punya alasan. Takpelah sabar lagi. Sudah lapo lagi lama nak kena terpacak depan pintu pagar nun.
“Abang pegi la mapley kat sebelah sana tu. Tukar kat sana pun boleh”
“Err, saya tak familiar la dengan area sini. Abang boleh tunjuk jalan tak? Hehe.”
Ah sudah tak familiar jalan pulak. Macam mana boleh jadi McDonalds delivery boy kalau tak familiar jalan ni. Tapi boleh pulak jumpa rumah ni. Lantas pakai baju, seluar track terus tunjuk brader tu jalan menuju ke mapley untuk tukar duit. Baki berada di tangan. Tak lama terus pulang ke rumah, menghadap fries yang dah sejuk depan mata sambil gelak.
“Ceh, aku call buat order & fork duit RM 20 for food sebab tak larat nak keluar cari nasik. Kalau dah tadi pergi teman brader tu ke mapley sebab nak tukar duit, apa point aku buat order McD ni? Dah la lambat, kena keluar jugak. Mahal pulak tu.”
Moral: Sediakan duit cukup cukup bila buat order. Diorang tu belum tentu ada spare change.
Sekarang udah kurang makan fast-food. Misi menghilangkan perut sebelum menjelang Viper Challenge bulan November lagi.
Be First to Comment