Skip to content

Category: Life

Nak Dara Rindu

Cantiknya bahasa orang dulu. Lagu dan liriknya kias kias bahasa sopan santun enak. Bukan havoc havoc budak Subang Jayeee memang ada gayeee. Sudah jadi bahan humming seharian suntuk dalam rumah.

Tanjung Katong ayernya biru,
Tempat mandi nak dara jelita,
Sama sekampung hai sedang dirindu,
Inikan lagi yang jauh di mata.

Zaujah udah asyik ajuk. “Tanjung Katong, Tanjong Katong”.

Belum masuk dalam iPod lagi. Teeheehe.

Leave a Comment

Bidan terjun

“X udah resign, kamu takeover lah automation tool yang dia tulih tu. Sayang kalau kita tak pakai”

ASP.NET , Oracle 11g dgn MSSQL Server. Bahasa aneh belaka.

MSSQL.

Derp.

Leave a Comment

Bila hidup memberikan kita lemon (atau berlemon-lemon)

Rasanya Oktober ni macam-macam hal jadi.

1. Anxiety disorder + Panic attack datang lagi, dpt cuti seminggu. Nak tidur aman? Lexapro dengan Prazovex adalah kombinasi.

2. Boss suruh rehat, tapi at the same time dia longgokkan lagi task sebab dia tengah mode gelabah lepas reorganization haritu.

3. Training ITIL v3 Intermediate yg dah disecurekan seat sejak awal tahun lg bakal direvoke sebab dia (boss) kata team takde siapa nak cover waktu Global patching weekend.

4. Power window rosak, drive ke Setapak dalam hujan lebat, kereta laju langgar air simbah masuk dalam. Minum air hujan Setapak. Duduk dalam kereta tapi kuyup mcm bawak motor.

5. Dalam panik dan kuyup nak lekas2, depan Service Center tersondol kereta orang baru nak keluar simpang, plat number patah, nasib baik bumper brader Civic tu sagat lima enam garis. Kena bayar jugak tu.

Tapi take it positive lah, Tuhan tak uji kita kalau Dia tahu kita tak boleh hadap. When life gives you lemons, make lemonade.

 

2 Comments

Krisis subprima dan kejatuhan Wall Street?

Lari tema raya. Topik bebas. Caruk.

Nama nama besar seperti Lehman Group, Merill Lynch (diambil alih oleh Bank Of America bagi menyerap impak kesan liquidity (pencairan?) dan Goldman Sach sudah terjelepuk jatuh. American International Group (AIG) sudah nyawa nyawa ikan dan terpaksa diselamatkan oleh Kerajaan US dengan pinjaman dana tersimpan sebanyak USD 85 billion untuk memastikan aliran wang tunai sentiasa berapung (floating). Wall Street yang dilambangkan sebagai simbol kuasa mutlak kapitalis mengawal ekonomi dunia kini sudah tidak mampu melakukan apa apa bagi mengelakkan krisis subprime yang makin tidak terkawal, lebih teruk daripada berlakunya The Great Depression pada tahun 1929.

Tanpa bailout daripada pemerintah, krisis kewangan yang menimpa Wall Street tidak hanya melumpuhkan ekonomi US, juga menyeret ekonomi dunia ke dalam recession. Keadaan ekonomi US saat ini dilanda inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi yang melambat, angka pengangguran yang melonjak, serta defisit bajet dan defisit timbangan pembayaran yang terus sakit.

Untuk mengelakkan US tercampak semula ke dalam The Great Depression Episod Dua, maka kerajaan US terpaksa merancang sesuatu bagi menyelamatkan ekonomi mereka yang makin punah iaitu proses bail-out dimana semua hutang hutang Wall Street diambil alih kerajaan pemerintah dan suntikan dana diberikan agar operasi mereka dapat dijalankan seperti biasa.

Pada 23 September lepas, satu undian bagi perlaksanaan Emergency Economic Stabilization Act diadakan di dalam sidang Dewan Rakyat US di mana idea untuk memperuntukkan USD 700 billion bagi mengambil alih semua urusniaga Wall Street dikemukakan. Tetapi perlaksanaan akta itu tidak dapat dilaksanakan apabila undian itu tewas dengan bilangan undi 228-205. Ini menyebabkan harga saham di Wall Street jatuh teruk disebabkan hilangnya keyakinan pelabur akan kekukuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa pernah dahulu satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa ekonomi kapitalis ini akan jatuh satu hari nanti. Wang ringgit yang dicetak tiada lagi nilainya apabila sistem mereka tumbang. Sebab itulah beliau pernah menyarankan bahawa sistem dinar emas dilaksanakan sebagai alternatif menggantikan wang kertas, memandangkan nilai emas sukar untuk susut dan sentiasa bernilai. Selain daripada itu Tuan Guru Nik Aziz juga pernah menyuarakan idea yang sama iaitu syiling emas sebagai mata wang menggantikan wang ringgit. Tetapi tidak ramai yang bersetuju dengan idea mereka disebabkan keyakinan membuta mereka akan kekuatan sistem ekonomi kapitalis dunia. Rasanya semua dah dijelaskan dalam Al-Quran. Cuma bila akan berlaku, wallahu’alam. Sudah terasa dicuit cuit sedikit pedih dicubit habis merah berdarah.

Bagaimana suasana ekonomi Malaysia? Terimpak tak? Artikel ini membantu. www.themalaysianinsider.com/index.php/business/9244?task=view

Salam Aidilfitri ketiga. Sekian dari Studio Satu.

Leave a Comment

Selamat tinggal

Lepas sahur pagi tadi saya terus duduk di depan laptop seperti biasa membaca Utusan Malaysia Online. Mata terpaku kepada satu ruangan berita terletak di dalam bahagian Dalam Negeri. Tak sedar laju sudah air mata mengalir memecah sunyi hening pagi Khamis.

Utusan Malaysia September 11 2008

Saya mengenali beliau ketika pada satu hari saya terlihat satu request Yahoo! Messenger untuk kenalan baru. Lantas tanpa ragu ragu saya terus menerima beliau sebagai contact Yahoo! Messenger. Beliau memperkenalkan diri (saya tak suka menggunakan panggilan arwah) sebagai Khadijah Hanim. Katanya beliau jumpa ID Yahoo! saya di dalam Myspace dan ingin berkenalan. Saya pada waktu itu agak sibuk, tetapi masih lagi membalas salam perkenalannya walaupun dengan hiccup dan delay beliau masih setia menunggu reply-reply daripada saya.

Setelah beberapa bulan kami berkenalan, saya masih tidak tahu yang beliau adalah pesakit paru-paru kronik yang sering mendapat coverage di dalam media massa. Hinggalah satu hari beliau menceritakan perihal dirinya secara details dan memberikan sedikit links artikel yang pernah bertulis tentang kisahnya. Saya tersentak dan tak tahu mahu berkata apa kerana pada saya gadis ini normal. Tapi Alhamdulillah, saya selalu bergaul dengan mereka yang kurang bernasib baik dan sering memberikan kata kata dorongan untuk beliau untuk terus hidup dan hidup dengan gembira dan gembira. Kami sering berutus SMS/call sesama sendiri untuk bertanya khabar.

Selalunya topik perbualan kami adalah tentang muzik. Beliau bercerita beliau sangat suka akan piano. Walaupun saya tak pernah melihat beliau bermain secara di depan mata tapi dengan ilmu yang beliau berikan sedikit sebagai dapat menambah satu dua pengetahuan baru kepada saya yang tak berapa mahir berpiano. Jarang beliau bercerita tentang kesusahan yang dialami walaupun ada pada ketikanya beliau berkata beliau kurang sihat tetapi saya sentiasa cuba untuk membuatkan beliau lupa akan kesulitan yang telah di alami dengan cerita cerita menarik atau kelakar akan tentang hidup sehari hari saya.

Hubungan kami berlarutan hingga tahun ke dua, pada satu hari saya memberitahu beliau bahawa saya akan datang menziarahi beliau di rumah setelah habis kelas. Tetapi malangnya pada petang itu saya ada subject test mengejut lalu terpaksa membatalkan hasrat saya petang itu. Saya menelefon beliau menyatakan saya tak dapat hadir petang itu. Dan semenjak daripada hari itu, jarang saya mendapat message di Yahoo! Messenger/SMS/telefon daripada beliau. Saya hanya menganggap beliau sibuk dengan urusan hariannya, dan walaupun kadang kadang saya cuba menghubungi beliau, tiada balasan yang diterima. Tiada lagi gelak tawa di Yahoo! Messenger. Tiada lagi SMS dan telefon bertanya khabar dan ianya berlarutan hingga beberapa bulan. Saya putus asa untuk terus menghubungi beliau apabila beberapa mesej di Myspace tidak dibalas. Mungkin beliau merajuk dengan saya, itulah tanggapan saya pada ketika itu.

Sehinggalah warkah berita terakhir yang saya terima pagi ini, merupakah khabar terbaru dia untuk saya. Dan khabar yang terakhir untuk saya selama-lamanya.

Selepas ni tiada lagi icon senyum yang akan bersinar lagi di sini.

Rehatlah awak di sana Khadijah Hanim, saya selalu berdoa agar jika satu hari nanti Tuhan datang mengambil awak, maka Dia akan datang mengambil awak dengan cara dan hari yang paling mulia, dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Awak pergi ketika Allah memayungkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua. Terima kasih kerana sudi hadir walau sebentar mengajar erti tabah bagaimana untuk menempuhi hidup yang sekejap ini. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik walaupun sebentar, rasanya baru semalam kita berkenalan. Terima kasih Khadijah Hanim. Selepas ini ikon senyum yang berID khadijah_oxy tidak akan lagi bersinar di ruangan contact saya buat selama-lamanya lagi tapi saya tetap menganggap ianya akan terus senyum dan senyum selagi hayat saya dikandung badan.

Terima kasih Khadijah Hanim, terima kasih. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi.

Leave a Comment