Skip to content

Author: azwan.ngali

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

..ataupun orang tempatan di sini panggil “Masjid Besi” sebab sktruktur senibinanya luarannya diperbuat drpd besi 100%. Mula dibina pada tahun 2004 dan selesai pada tahun 2009 dengan kos pembinaan berjumlah RM 208 juta. Nama masjid ni diambil daripada nama Tuanku Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Antara keunikan masjid ini adalah

1. Dibina atas tasik buatan manusia, kalau malam bulan terang serigala berkeliaran, ditambah dengan limpahan lampu dari dalam, nampak drpd jauh seolah2 masjid ni dibina atas cermin, terima kasih kpd pantulan bayangan masjid daripada air.

2. Artikek yang design masjid ni pun bijak pandai menggunakan konsep district cooling system dalam proses rekabentuk masjid ni. Hasilnya tiada sebilah kipas atau aircond pun dipasang di dalam masjid ni. Sumber angin datang daripada luar yang bertiup merentasi tasik, lalu ke dalam dewan solat jemaah. Tapi kalau waktu ramai jemaah terutamanya solat Jumaat, solat tarawikh dan solat sunat raya dan angin tak berapa nak bertiup, ketiak anda akan berpeluh, dan kulit kepala anda akan berkuap di bawah kopiah sebab panas, maka waktu mcm ni diperlukan jugak kipas berdiri dipasang.

3. Di luar dewan solat utama, ada kolam dan taman cantik untuk gedik santai. Bila waktu Ramadhan, walaupun selepas selesai 8 rakaat tarawikh, ramai jugak yang duduk di tepi2 bersama keluarga.

Hampir setiap tahun saya solat tarawikh di sini sebab jemaahnya ramai. Parking lotnya luas, tak perlu berebut tak seperti Masjid Putra. Parking berlapis2. Suasananya pun meriah walaupun usai 23 rakaat tarawikh semacam pesta. Pesta Ramadhan. Ini budaya kool. Budaya lepak masjid 😉

Masjid ni pulak kaya dengan aktiviti2 berunsur kerohanian. Sebelum masuk dewan solat ada LCD canggih besar untuk rujukan maklumat aktiviti yang kerap/bakal diadakan. Terima kasih JAKIM. Mungkin boleh berjinak2 ke sini kalau lapang waktu.

Oh ya, saya pernah hilang selipar dua kali kat sini. Mungkin yang terambik selipar saya tu keliru dan dalam darurat. Halalkan.

Rujukan: http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/

2 Comments

Ramadhan Mubarak.

Assalamualaikum.

Selamat datang Ramadhan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun ni.

Ramadhan mengajar kita erti bagaimana untuk merafakkan kesyukuran atas segala nikmat yg telah diberikan sepanjang waktu kita bertapak atas muka bumi ini. Ramadhan juga mendidik kita untuk kembali ke fitrah, mendidik kita untuk mengawal hawa nafsu yang kita biarkan bebas meliar sepanjang sebelas bulan yang terdahulu. Wajarlah ia ditundukkan kerana pada waktu ini segala tindakan kita adalah atas kehendak kita, bukan drpd dorongan syaitan.

Maka tundukkanlah pandangan, kurangkan kata2 yang boleh mengundang bait2 dosa, perbanyakkan amalan sunat, kukuhkan yang wajib. Insyaallah Ramadhan kali ini akan terasa indah. Nasihat untuk kita semua.

Terima kasih jugak untuk team manager yang memberikan saya kebenaran untuk berbuka puasa bersama keluarga dahulu & melaksanakan solat tarawikh berjemaah seperti tahun lepas. Semoga hidayah Islam sampai ke hati beliau satu hari nanti.

Sapo tak puaso takleh rayo!

Leave a Comment

Nak jadi pemimpin bukan senang.

Salam.

Pemimpin? Apa itu pemimpin? Sudah tentu orang yang memimpin. Siapa yang dipimpin? Mestilah orang yang dipimpin. Tak pernah kita dengar orang pimpin haiwan. Ataupun haiwan pimpin orang.

Setiap negara mesti ada pemimpin. Setiap organisasi juga ada pemimpin. Dekat rumah kalau kita seorang anak, ayah kita adalah pemimpin. Jika kita seorang suami, kitalah pemimpin rumahtangga.

Sejak kecil lagi kita dididik untuk berkecimpung dalam kepimpinan. Waktu sekolah, kita dilantik sebagai ketua kelas atau pengawas. Di situ kita diterapkan dengan rasa tanggungjawab memimpin sesebuah organisasi walaupun pada ketika itu hanya kelas tempat pembelajaran kita. Time tu kita diberi kepercayaan untuk jadi mata dan telinga cikgu cikgi kat sekolah. Siapa lambat report dekat cikgu, siapa bising tulis nama. Kemudian kita dinilai oleh kawan2 sejauh mana tegasnya kita dalam memimpin. Kalau kita korek idung dalam kelas pun nama naik dalam buku jenayah, itu dah dikira zalim, confirm korang akan dibenci. Kalau korang fleksibel, tegas tapi tak terlalu gila kuasa, ramai yang bakal suka korang. Tapi hakikatnya kita hidup dalam dunia realiti yang sebenar, sebaik mana pun korang, tetap ada seorang dua kutu yang anti dengan anda. Anti tanpa sebab.

Bila kita dah dewasa, habis keluar Universiti, kita melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Bila kita dah lama di dalam satu organisasi sudah tentu kita akan dipilih untuk memimpin sesuatu. Biar sekecil-kecil projek sampailah ke sebuah organisasi dalam syarikat. Bila kita di tahap ni, approach kita dah berlainan. Memimpin orang dewasa adalah satu kerja yang sukar. Kita kena diplomatik dan tak boleh berat sebelah. Key paling penting adalah MENDENGAR. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa mendengar pendapat anak buahnya, baru kita boleh luahkan pendapat.

Saya ketika ini diberi tanggungjawab untuk lead satu infrastructre team di tempat saya bekerja skrg. Cabaran yang ada mmg banyak. Majoriti team member lebih tua daripada saya. Semuanya adalah kawan2 lepak ketika offday. Kadang2 bila kita nak tegur sesuatu jadi serba salah dan tak sampai hati. Jadi di sini kita kena gunakan approach lain yang nampak lebih kasual tetapi tegas. Tak perlu ayat2 pedih atau caci maki sbb takde faedahnya pun kita marah2. Kita duduk depan2 sembang mcm kawan2 kemudian point out kat mana yang kita boleh improve. Sekaligus kita pun dah sampaikan apa yg terbuku, ego diorang pun tak tergugat.

So, banyak2 lah baca buku bagaimana nak memimpin. Saya pun baru terhiling2 nak carik buku motivasi & how to be a good leader.

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin  yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan telah Kami wahyukan kepada mereka  untuk senantiasa mengerjakan kebajikan, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi.(QS. Al-Anbiya’: 73)

Leave a Comment

Saya kembali.

Salam,

Lama dah tak menulis. Hampir 4 tahun. Entri terakhir dulu pada tahun 2008. Mmg lama sungguh. Rasa tepu otak.

Sejak dah lama berhenti menulis ni, rasa spt kosong. Kajian mengatakan otak akan lebih aktif jika seseorang itu cenderung untuk kerap membaca dan menulis. Sejak dah terjah alam kerja ni, jarang sudah nak membaca dan menulis dengan serius. Tulis email hari2 kat business partner/customers banyak la. Itu pun dah naik benak. Hehe.

Selamat kembali.

Leave a Comment

Krisis subprima dan kejatuhan Wall Street?

Lari tema raya. Topik bebas. Caruk.

Nama nama besar seperti Lehman Group, Merill Lynch (diambil alih oleh Bank Of America bagi menyerap impak kesan liquidity (pencairan?) dan Goldman Sach sudah terjelepuk jatuh. American International Group (AIG) sudah nyawa nyawa ikan dan terpaksa diselamatkan oleh Kerajaan US dengan pinjaman dana tersimpan sebanyak USD 85 billion untuk memastikan aliran wang tunai sentiasa berapung (floating). Wall Street yang dilambangkan sebagai simbol kuasa mutlak kapitalis mengawal ekonomi dunia kini sudah tidak mampu melakukan apa apa bagi mengelakkan krisis subprime yang makin tidak terkawal, lebih teruk daripada berlakunya The Great Depression pada tahun 1929.

Tanpa bailout daripada pemerintah, krisis kewangan yang menimpa Wall Street tidak hanya melumpuhkan ekonomi US, juga menyeret ekonomi dunia ke dalam recession. Keadaan ekonomi US saat ini dilanda inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi yang melambat, angka pengangguran yang melonjak, serta defisit bajet dan defisit timbangan pembayaran yang terus sakit.

Untuk mengelakkan US tercampak semula ke dalam The Great Depression Episod Dua, maka kerajaan US terpaksa merancang sesuatu bagi menyelamatkan ekonomi mereka yang makin punah iaitu proses bail-out dimana semua hutang hutang Wall Street diambil alih kerajaan pemerintah dan suntikan dana diberikan agar operasi mereka dapat dijalankan seperti biasa.

Pada 23 September lepas, satu undian bagi perlaksanaan Emergency Economic Stabilization Act diadakan di dalam sidang Dewan Rakyat US di mana idea untuk memperuntukkan USD 700 billion bagi mengambil alih semua urusniaga Wall Street dikemukakan. Tetapi perlaksanaan akta itu tidak dapat dilaksanakan apabila undian itu tewas dengan bilangan undi 228-205. Ini menyebabkan harga saham di Wall Street jatuh teruk disebabkan hilangnya keyakinan pelabur akan kekukuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa pernah dahulu satu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa ekonomi kapitalis ini akan jatuh satu hari nanti. Wang ringgit yang dicetak tiada lagi nilainya apabila sistem mereka tumbang. Sebab itulah beliau pernah menyarankan bahawa sistem dinar emas dilaksanakan sebagai alternatif menggantikan wang kertas, memandangkan nilai emas sukar untuk susut dan sentiasa bernilai. Selain daripada itu Tuan Guru Nik Aziz juga pernah menyuarakan idea yang sama iaitu syiling emas sebagai mata wang menggantikan wang ringgit. Tetapi tidak ramai yang bersetuju dengan idea mereka disebabkan keyakinan membuta mereka akan kekuatan sistem ekonomi kapitalis dunia. Rasanya semua dah dijelaskan dalam Al-Quran. Cuma bila akan berlaku, wallahu’alam. Sudah terasa dicuit cuit sedikit pedih dicubit habis merah berdarah.

Bagaimana suasana ekonomi Malaysia? Terimpak tak? Artikel ini membantu. www.themalaysianinsider.com/index.php/business/9244?task=view

Salam Aidilfitri ketiga. Sekian dari Studio Satu.

Leave a Comment

Selamat tinggal

Lepas sahur pagi tadi saya terus duduk di depan laptop seperti biasa membaca Utusan Malaysia Online. Mata terpaku kepada satu ruangan berita terletak di dalam bahagian Dalam Negeri. Tak sedar laju sudah air mata mengalir memecah sunyi hening pagi Khamis.

Utusan Malaysia September 11 2008

Saya mengenali beliau ketika pada satu hari saya terlihat satu request Yahoo! Messenger untuk kenalan baru. Lantas tanpa ragu ragu saya terus menerima beliau sebagai contact Yahoo! Messenger. Beliau memperkenalkan diri (saya tak suka menggunakan panggilan arwah) sebagai Khadijah Hanim. Katanya beliau jumpa ID Yahoo! saya di dalam Myspace dan ingin berkenalan. Saya pada waktu itu agak sibuk, tetapi masih lagi membalas salam perkenalannya walaupun dengan hiccup dan delay beliau masih setia menunggu reply-reply daripada saya.

Setelah beberapa bulan kami berkenalan, saya masih tidak tahu yang beliau adalah pesakit paru-paru kronik yang sering mendapat coverage di dalam media massa. Hinggalah satu hari beliau menceritakan perihal dirinya secara details dan memberikan sedikit links artikel yang pernah bertulis tentang kisahnya. Saya tersentak dan tak tahu mahu berkata apa kerana pada saya gadis ini normal. Tapi Alhamdulillah, saya selalu bergaul dengan mereka yang kurang bernasib baik dan sering memberikan kata kata dorongan untuk beliau untuk terus hidup dan hidup dengan gembira dan gembira. Kami sering berutus SMS/call sesama sendiri untuk bertanya khabar.

Selalunya topik perbualan kami adalah tentang muzik. Beliau bercerita beliau sangat suka akan piano. Walaupun saya tak pernah melihat beliau bermain secara di depan mata tapi dengan ilmu yang beliau berikan sedikit sebagai dapat menambah satu dua pengetahuan baru kepada saya yang tak berapa mahir berpiano. Jarang beliau bercerita tentang kesusahan yang dialami walaupun ada pada ketikanya beliau berkata beliau kurang sihat tetapi saya sentiasa cuba untuk membuatkan beliau lupa akan kesulitan yang telah di alami dengan cerita cerita menarik atau kelakar akan tentang hidup sehari hari saya.

Hubungan kami berlarutan hingga tahun ke dua, pada satu hari saya memberitahu beliau bahawa saya akan datang menziarahi beliau di rumah setelah habis kelas. Tetapi malangnya pada petang itu saya ada subject test mengejut lalu terpaksa membatalkan hasrat saya petang itu. Saya menelefon beliau menyatakan saya tak dapat hadir petang itu. Dan semenjak daripada hari itu, jarang saya mendapat message di Yahoo! Messenger/SMS/telefon daripada beliau. Saya hanya menganggap beliau sibuk dengan urusan hariannya, dan walaupun kadang kadang saya cuba menghubungi beliau, tiada balasan yang diterima. Tiada lagi gelak tawa di Yahoo! Messenger. Tiada lagi SMS dan telefon bertanya khabar dan ianya berlarutan hingga beberapa bulan. Saya putus asa untuk terus menghubungi beliau apabila beberapa mesej di Myspace tidak dibalas. Mungkin beliau merajuk dengan saya, itulah tanggapan saya pada ketika itu.

Sehinggalah warkah berita terakhir yang saya terima pagi ini, merupakah khabar terbaru dia untuk saya. Dan khabar yang terakhir untuk saya selama-lamanya.

Selepas ni tiada lagi icon senyum yang akan bersinar lagi di sini.

Rehatlah awak di sana Khadijah Hanim, saya selalu berdoa agar jika satu hari nanti Tuhan datang mengambil awak, maka Dia akan datang mengambil awak dengan cara dan hari yang paling mulia, dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Awak pergi ketika Allah memayungkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua. Terima kasih kerana sudi hadir walau sebentar mengajar erti tabah bagaimana untuk menempuhi hidup yang sekejap ini. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik walaupun sebentar, rasanya baru semalam kita berkenalan. Terima kasih Khadijah Hanim. Selepas ini ikon senyum yang berID khadijah_oxy tidak akan lagi bersinar di ruangan contact saya buat selama-lamanya lagi tapi saya tetap menganggap ianya akan terus senyum dan senyum selagi hayat saya dikandung badan.

Terima kasih Khadijah Hanim, terima kasih. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi.

Leave a Comment

Jangan takut

Mula mula isu duit setem hasil yang perlu dimatikan sebelum borang penamaan calon dihantar ke pihak SPR. Ditarik balik tanpa sebab musabab kukuh. Arahan datang secara lisan daripada Rashid SPR. Sebab kalau tak tarik balik memang pembangkang menang semua kerusi percuma sebab Pak Lah pun tak matikan setem hasil dia. Itu satu. Tak dijelaskan pun dalam akhbar perdana.

Kemudian isu dakwat kekal sebagai penanda kuku/jari pengundi bagi memastikan tiada pengundi yang mengundi dua atau lebih kali ditarik balik. Kali ini alasannya lagi magis. Katanya ada pihak tertentu membeli dakwat daripada negara asing. Soal sekuriti. Boleh ganggu ketenteraman awam ketika hari membuang undi. Isu akta keselamatan dalam negeri ujarnya Rashid semalam tika dalam perjalanan balik ke rumah. Ya, arahan tu diberi semalam, 4 hari sebelum 8 Mac ni. Dakwat dah dibeli. Tentunya juta. Sudah ditarik balik, habis tu dakwat tu nak buat apa? Kalau ada 4 org ni yang membeli dakwat daripada luar, tak perlulah ditarik balik. Apa kalau ada RM 4 duit palsu antara RM 1 juta dalam bank, bakinya nak kena bakar ke?

Kata Pak Lah Badawi.

“Kemungkinan ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan keributan dan boleh berlakunya kemungkinan orang yang hendak mengundi tak dapat mengundi disebabkan kukunya telah diletakkan dakwat ini.”

Kalau masalah penyeludupan sebegini pun tak dapat banteras. Bagaimana Pak Lah Badawi boleh datang dengan idea “Selamat, Aman dan Makmur?” Ironi amat. Memperbodohkan kredibiliti Polis dan Kastam DiRaja Malaysia.

Maaflah, ini sudah melebihi garisan sabar. SPR ni jelas nampaknya nak membadahkan rakyat jelata. Rashid SPR pun jelas sudah dikuda kepangkan dek orang Dacing. Susah sangat ya nak sediakan gelanggang tanah sama rata jadi kita boleh berentap sama adil, sama kuat. Sudahlah media pun berat sebelah, cerita hari hari dalam suratkhabar, TV, radio semua dusta belaka. Yang takde diada-adakan. Yang ada dinafikan kewujudannya. Demokrasi cara Malaysia.

Pak Lah Badawi. Kalau rasa pucuk pimpinan anda memang telus,adil,saksama, tak perlulah gusar. Sudah pasti rakyat akan kembali memberikan mandat. Tak perlu main kotor untuk menang, tak perlu berkempen sana sini kata pembangkang dusta, keji, penipu dan lain lain. Apa telus sangat ke kalau kes Istana Zakaria tu pun boleh terlepas daripada tindakan BPR dan mahkamah? Skandal isu Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang bagaimana pula?

Tuan Najib Razak. Kami pengundi muda bukan nak mengikut sentimen. Jangan fikir kami badah dan tak pandai fikir panjang. Kami ada mata, ada telinga, ada akal boleh beza baik buruk. Kami tahu kerajaan jenis mana yang baik, mana yang tidak. Buta kayulah kami kalau kami kata pemerintahan yang lepas tu cemerlang terbilang. Selamat mempertahankan kerusi di Pekan. Dengar katanya hebat juga lawan tuan.

Apa pun semalam datang orang dari bulan lawat rumah, nak periksa daftar pengundi. Ramah tamah tiada hasut apa apa pun. Masuk rumah terus tanya. “BA ke BN?” Hehe amboi pakcik ni, salam dululah, makan keropok lekor yang mak saya gorengkan tu sedap makan panash panash dengan teh o suam. Boleh borak sedikit tukar pendapat dengar cerita orang lama. Kawan keluarga sebenarnya. Segan nak datang ziarah siang siang sebab sebelah rumah kiri kanan orang dacing. Pandai orang bulan ni nak jaga hati. Dapat T-shirt lagi malam tadi. Cantik putih bersih tshirtnya. Boleh dipakai pergi ke KLCC esok.

Jangan lupa hari sabtu ni. Kita berpencak. Biarlah gelanggang tak sama rata. Jangan gelabah, tenangkan diri. Jumpa di gelanggang nanti. Siapa lagi gagah dia menang.

Leave a Comment

Neurofuzzy

Ramai yang bertanyakan Neurofuzzy tu pekejadah? Perlembagan bertulis baru? Ubat gegat jenama baru? Sejenis fast food? Nama ikan? Spesis manusia gabungan unta padang pasir? Oh tidak tidak. Mari kita perjelaskanlah apa itu neurofuzzy. Diambil daripada Wikipedia sendiri, tak larat saya nak membebel pasal subjek ni.

In the field of artificial intelligence, neuro-fuzzy refers to hybrids of artificial neural networks and fuzzy logic. Neuro-fuzzy hybridization results in a hybrid intelligent system that synergizes these two techniques by combining the human-like reasoning style of fuzzy systems with the learning and connectionist structure of neural networks. Neuro-fuzzy hybridization is widely termed as Fuzzy Neural Network (FNN) or Neuro-Fuzzy System (NFS) in the literature. Neuro-fuzzy system (the more popular term is used henceforth) incorporates the human-like reasoning style of fuzzy systems through the use of fuzzy sets and a linguistic model consisting of a set of IF-THEN fuzzy rules. The main strength of neuro-fuzzy systems is that they are universal approximators with the ability to solicit interpretable IF-THEN rules.

Tak faham? Tak mengapa, post ni ditulis pun bukan tujuan untuk memberikan kefahaman jitu sebagaimana murid Taska yang wajib memahami apakah menatang 1 2 3 4 , kenapa huruf V berbentuk seperti bucu tajam menghala ke bawah, bukannya berbentuk sayap rama-rama. Kemahiran KBKK dan KBSM pelbagai. Bukan bukan. Ramai lagi yang x faham, barangkali penulis artikel di Wiki sendiri pun tak tau apa yang dia tulis. Jangan tanya student yang amik subjek ni, dia pun belum tentu faham. Ok kita gelak. Tak lawak? Takpe, saya bukan pelawak mahir seperti Raja Lawak Astro.

Neurofuzzy ini adalah salah satu daripada beribu komponen dalam Artificial Intelligence. Subjek kod dia adalah TNF2024, 4 jam kredit. 2 kali seminggu. Sekali dalam lab , dan sekali lagi sesi kelas seperti biasa. Pensyarah dia perempuan. Masih berstatus Miss. Belum kahwin katanya. Genius. Kelakar kadang-kadang. Bila dia serius semua orang mencanak gerun hantar assignment dan case study cepat-cepat. Trademark dia “saya pun tak pasti, nanti balik saya buat reference” bila diajukan soalan oleh pelajarnya yang mula kepala pusing tak faham satu hapekebende pun. Namanya tak perlulah ditulis di sini. Rahsia negara. Akta Rahsia Rasmi Kerajaan bak kata Menteri Mentor saya. Enakmen berapa saya lupalah. Tapi ratus ratus kurang ribu ribu. Kita gelak lagi. Ok tak lawak. Saya bukan pelawak mahir macam Saiful Apek.

Pagi ni Miss Genius buat kuiz untuk kami. Dia kata sila research case study setebal 30 muka surat yang dia kasi minggu lepas. Soalan based kepada case study yang diberi cuma mungkin nama tukang kebun, posmen dan spesis kucing yang digunakan di dalamnya berubah. Dia ugut kami lagi, kalau tak buat research nanti, confirm tak boleh jawab soalan.Kami pelajar akur, malam bercekang mata belek belek notes yang dia bagi dalam kelas, daripada tulisan berbentuk huruf “A” tu tegak 90 darjah sampailah huruf “A” tu dah jadi lembu terkangkang. Huru hara 2 3 hari ni. Semua mesej di Yahoo! tak direply. Makan tak menentu. Tak ingat nak mandi sampaikan lupa towel sangkut kat mana. Muka penuh misai janggut uban tak shave. Memang sibuk sungguhlah macam itik pulang petang. Ok kita gelak. Tak lawak? Takpe, saya bukan pelawak mahir macam abang yTMZ.

Miss Genius sambil edar kertas dia berkata.

“We’ll discuss the answer after this quiz is finished. You have an hour” jelas cik Genius.

“Ok coolness Miss Genius” jawab kami spontan.

Peluh mula mengalir perlahan-lahan walaupun suhu kelas kurang dari 28 darjah celcius. Kertas soalan dua muka surat bercetak depan belakang tersebar merata kelas.

Sejam berlalu. Kepala pusing runsing. CPU masing masing berputar-putar ligat macam gasing. Northbridge masing2 sibuk dengan aliran transaksi traffic data data berguna sampailah data data merepek tahap sampah. Ketahanan mental teruji. Ini baru kuiz belum peperiksaan akhir. Semua soalan diterjemahkan dalam bentuk yang otak manusia boleh fahami. Kepada mereka yang ada algorithm method yang lebih hebat, makin jelas pemahamannya, makin jitu pengiraannya. Bagi yang tak punya method hebat, perlahanlah sikit process decryption. Ada juga yang main kotor, bukak toyol. Kuiz pun pakai toyol ke. Tak champion la gini.

“Allright, time’s up. Kindly exchange your answer sheet with another classmate” suara Miss Genius memecah kesunyian.

Saya pass kertas jawapan saya rakan-rakan lantas disebarkan entah mana. Miss Genius tanpa berbuang masa terus berdiskusi tentang jawapan. Saya mula berpeluh-peluh tak senang duduk. Bila resah ingat saat indah, bila rindu ku nyanyikan untukmu. Sumpah seranah 3 bahasa asing dilemparkan dalam hati.

“So, when I call names, please inform me their marks, okay?

Markah adalah per 50.

“Faizal?”

“26 miss”

“Nordin?”

“20 miss”

Alamak, apekehe semua dapat markah rendah ni. Saya pegang kertas seorang gadis yang saya panggil Ena.

“Ena?”

“38 miss” jawab saya tersenyum kelat. 38 pulak dah. Highest ni.

“Wow, thats impressive” kata Miss Genius

Saya menjeling Ena sambil tersenyum. Ena senyum balik dan angguk perlahan. Saya faham maksud isyarat tu. Tanda terima kasih kerana sering menjadikan saya bahan rujukan. Saya mentor dia yang tak bertauliah.

“Azwan?”

Jantung saya berhenti berdegup kejap. Siapa yang tanda kertas saya? Tak berani menjengah kepala.

Suara seorang gadis yang amat saya cam kedengaran. Suara Ena.

“15 miss”

Ya , quiz saya untuk neurofuzzy hari ni 15/50. Antara yang terendah. Padawan dah beat Jedi Master. Saya sekarang tengah gelak sorang-sorang dalam lab AI. Gelak frust ke apa tak taulah. Miss Genius suruh saya tambah effort lagi. Mungkin dia suruh tak tido malam agaknya. Jihan dah volunteer untuk carikan satu tempat di Hospital Bahagia. Hahaha gelak lagi, gelak kuat kuat. Habis lagi sepack Ribena Mobile

Leave a Comment