Skip to content

Author: A

Neurofuzzy

Ramai yang bertanyakan Neurofuzzy tu pekejadah? Perlembagan bertulis baru? Ubat gegat jenama baru? Sejenis fast food? Nama ikan? Spesis manusia gabungan unta padang pasir? Oh tidak tidak. Mari kita perjelaskanlah apa itu neurofuzzy. Diambil daripada Wikipedia sendiri, tak larat saya nak membebel pasal subjek ni.

In the field of artificial intelligence, neuro-fuzzy refers to hybrids of artificial neural networks and fuzzy logic. Neuro-fuzzy hybridization results in a hybrid intelligent system that synergizes these two techniques by combining the human-like reasoning style of fuzzy systems with the learning and connectionist structure of neural networks. Neuro-fuzzy hybridization is widely termed as Fuzzy Neural Network (FNN) or Neuro-Fuzzy System (NFS) in the literature. Neuro-fuzzy system (the more popular term is used henceforth) incorporates the human-like reasoning style of fuzzy systems through the use of fuzzy sets and a linguistic model consisting of a set of IF-THEN fuzzy rules. The main strength of neuro-fuzzy systems is that they are universal approximators with the ability to solicit interpretable IF-THEN rules.

Tak faham? Tak mengapa, post ni ditulis pun bukan tujuan untuk memberikan kefahaman jitu sebagaimana murid Taska yang wajib memahami apakah menatang 1 2 3 4 , kenapa huruf V berbentuk seperti bucu tajam menghala ke bawah, bukannya berbentuk sayap rama-rama. Kemahiran KBKK dan KBSM pelbagai. Bukan bukan. Ramai lagi yang x faham, barangkali penulis artikel di Wiki sendiri pun tak tau apa yang dia tulis. Jangan tanya student yang amik subjek ni, dia pun belum tentu faham. Ok kita gelak. Tak lawak? Takpe, saya bukan pelawak mahir seperti Raja Lawak Astro.

Neurofuzzy ini adalah salah satu daripada beribu komponen dalam Artificial Intelligence. Subjek kod dia adalah TNF2024, 4 jam kredit. 2 kali seminggu. Sekali dalam lab , dan sekali lagi sesi kelas seperti biasa. Pensyarah dia perempuan. Masih berstatus Miss. Belum kahwin katanya. Genius. Kelakar kadang-kadang. Bila dia serius semua orang mencanak gerun hantar assignment dan case study cepat-cepat. Trademark dia “saya pun tak pasti, nanti balik saya buat reference” bila diajukan soalan oleh pelajarnya yang mula kepala pusing tak faham satu hapekebende pun. Namanya tak perlulah ditulis di sini. Rahsia negara. Akta Rahsia Rasmi Kerajaan bak kata Menteri Mentor saya. Enakmen berapa saya lupalah. Tapi ratus ratus kurang ribu ribu. Kita gelak lagi. Ok tak lawak. Saya bukan pelawak mahir macam Saiful Apek.

Pagi ni Miss Genius buat kuiz untuk kami. Dia kata sila research case study setebal 30 muka surat yang dia kasi minggu lepas. Soalan based kepada case study yang diberi cuma mungkin nama tukang kebun, posmen dan spesis kucing yang digunakan di dalamnya berubah. Dia ugut kami lagi, kalau tak buat research nanti, confirm tak boleh jawab soalan.Kami pelajar akur, malam bercekang mata belek belek notes yang dia bagi dalam kelas, daripada tulisan berbentuk huruf “A” tu tegak 90 darjah sampailah huruf “A” tu dah jadi lembu terkangkang. Huru hara 2 3 hari ni. Semua mesej di Yahoo! tak direply. Makan tak menentu. Tak ingat nak mandi sampaikan lupa towel sangkut kat mana. Muka penuh misai janggut uban tak shave. Memang sibuk sungguhlah macam itik pulang petang. Ok kita gelak. Tak lawak? Takpe, saya bukan pelawak mahir macam abang yTMZ.

Miss Genius sambil edar kertas dia berkata.

“We’ll discuss the answer after this quiz is finished. You have an hour” jelas cik Genius.

“Ok coolness Miss Genius” jawab kami spontan.

Peluh mula mengalir perlahan-lahan walaupun suhu kelas kurang dari 28 darjah celcius. Kertas soalan dua muka surat bercetak depan belakang tersebar merata kelas.

Sejam berlalu. Kepala pusing runsing. CPU masing masing berputar-putar ligat macam gasing. Northbridge masing2 sibuk dengan aliran transaksi traffic data data berguna sampailah data data merepek tahap sampah. Ketahanan mental teruji. Ini baru kuiz belum peperiksaan akhir. Semua soalan diterjemahkan dalam bentuk yang otak manusia boleh fahami. Kepada mereka yang ada algorithm method yang lebih hebat, makin jelas pemahamannya, makin jitu pengiraannya. Bagi yang tak punya method hebat, perlahanlah sikit process decryption. Ada juga yang main kotor, bukak toyol. Kuiz pun pakai toyol ke. Tak champion la gini.

“Allright, time’s up. Kindly exchange your answer sheet with another classmate” suara Miss Genius memecah kesunyian.

Saya pass kertas jawapan saya rakan-rakan lantas disebarkan entah mana. Miss Genius tanpa berbuang masa terus berdiskusi tentang jawapan. Saya mula berpeluh-peluh tak senang duduk. Bila resah ingat saat indah, bila rindu ku nyanyikan untukmu. Sumpah seranah 3 bahasa asing dilemparkan dalam hati.

“So, when I call names, please inform me their marks, okay?

Markah adalah per 50.

“Faizal?”

“26 miss”

“Nordin?”

“20 miss”

Alamak, apekehe semua dapat markah rendah ni. Saya pegang kertas seorang gadis yang saya panggil Ena.

“Ena?”

“38 miss” jawab saya tersenyum kelat. 38 pulak dah. Highest ni.

“Wow, thats impressive” kata Miss Genius

Saya menjeling Ena sambil tersenyum. Ena senyum balik dan angguk perlahan. Saya faham maksud isyarat tu. Tanda terima kasih kerana sering menjadikan saya bahan rujukan. Saya mentor dia yang tak bertauliah.

“Azwan?”

Jantung saya berhenti berdegup kejap. Siapa yang tanda kertas saya? Tak berani menjengah kepala.

Suara seorang gadis yang amat saya cam kedengaran. Suara Ena.

“15 miss”

Ya , quiz saya untuk neurofuzzy hari ni 15/50. Antara yang terendah. Padawan dah beat Jedi Master. Saya sekarang tengah gelak sorang-sorang dalam lab AI. Gelak frust ke apa tak taulah. Miss Genius suruh saya tambah effort lagi. Mungkin dia suruh tak tido malam agaknya. Jihan dah volunteer untuk carikan satu tempat di Hospital Bahagia. Hahaha gelak lagi, gelak kuat kuat. Habis lagi sepack Ribena Mobile

Leave a Comment

Pilihanraya 2008: Bagaimana untuk membuang undi?

Pada sesiapa yang baru pertama kali membuang undi. Hari ni cikgu akan memberikan tunjuk ajar berserta gambar sebagai panduan penunjuk jalan ku gapai impian pada 8 Mac nanti. Panduan ini disertakan dengan foto-foto yang diambil semasa Pilihanraya Umum 2004 lepas.

1. Setiap pengundi akan dimaklumkan oleh SPR tempat membuang undi, kebiasaannya akan diadakan di sekolah ataupun balairaya (selalunya sekolah). Setiba di sana anda perlu memeriksa nama anda dan di mana saluran (polling stream) anda untuk membuang undi, kecuali jika anda tinggal di satu kawasan di mana jumlah pengundi adalah sedikit, kebiasaannya akan hanya terdapat satu saluran sahaja. Untuk lebih mudah bagi mengelak untuk membuang masa dengan beratur lama, sila lawat website SPR dan masukkan no kad pengenalan anda untuk memeriksa saluran anda.

dsc08316

2. Seterusnya, anda perlu pergi ke saluran di mana tempat anda membuang undi, kebiasaanya di dalam bilik darjah. Bersedialah untuk beratur. Kalau panjang, nasiblah. Bawak Sony PSP atau iPod jika perlu. SMS/Call girlfriend/boyfriend pun boleh. Takde masalah. Bawak laptop dengan Maxis broadband modem? Apsal mengada sangat ni?

voting-step-2

3. Setibanya giliran anda, berjalan perlahan menuju ke meja kerani SPR dan beliau akan meminta kad pengenalan anda. Berikan kad pengenalan anda kepada kerani tersebut agar beliau dapat memeriksa samada nama anda ada dalam senarai pengundi. Kemudian beliau akan membaca semula nama, no kad pengenalan dan memalang nama anda di dalam senarai pengundi menandakan anda hadir mengundi. Jika beliau meminta no telefon anda, abaikan saja kalau beliau itu makcik/pakcik yang memang boleh tahu dia sudah kahwin dengan hanya dengan pandangan mata kasar. Kalau bujang lagi, sukati kau la nak.

Nota: Jangan ada affair dengan laki/bini orang.

voting-step-3

voting-step-4

4. Bila nama anda diumumkan, pegawai prosiding (menguruskan proses pilihanraya pada lokaliti tersebut) , ejen pilihanraya parti bertanding juga akan memalang nama anda daripada senarai pengundi.

voting-step-5a

5. Kemudian, kertas balot akan ditebuk (perforate) dan distemkan (stamp) sebelum diberikan kepada anda.

voting-step-5b

Nota: Pada pilihanraya yang lepas, kerani SPR akan menulis semula no siri pada counterfoil kertas balot anda. Ini merisaukan pengundi jika undi akan didedahkan kepada umum dan tidak menjadi sulit lagi. Ia tidak lagi menjadi isu kerana semua kertas balot akan di”seal” selepas proses pengiraan undi serta dilupuskan 6 bulan selepas pilihanraya. Ia sebenarnya menjadi kesalahan undang-undang jika kerani SPR itu menulis semula nombor siri kertas balot anda dan ia berkuatkuasa sejak pilihanraya peringkat negeri di Sarawak pada tahun 2006. Sila protes jika anda mendapati kerani tu masih menulis no siri anda. Protes, jangan maki/pukul/tendang/hantuk/bitchslap/sekeh/ kerani tu. Anda tanggung sendiri akibatnya kalau anda berlaku sedemikian.

Beri perhatian jika kerani SPR terkoyak lebih kertas balot untuk anda. Tekanan kerja. Ingat tak bosan ke duduk situ daripada pagi sampai petang. Dah tu ramai lagi pulak yang tengah beratur.

6. Bawa kertas balot anda ke polling booth. Perlu diingat. Kertas balot kuning adalah untuk Parlimen dan kertas balot biru adalah untuk Dewan Undangan Negeri (DUN). Pastikan tiada siapa yang mengekor anda atau CCTV berkelip kelip di atas siling. Hantukkan kepala mereka yang mengekor anda ke papan kenyataan kelas atau almari belakang. Jika ada CCTV, cabut kemudian lempar ke muka Pengerusi SPR. Sila protes dengan berguling atas lantai jika anda merasai privacy anda telah dicerobohi. Ingat, undi anda adalah rahsia.

voting-step-6

voting-step-6b

7. Tandakan X pada kotak disebelah lambang parti yang ingin anda undi. Tanda X sahaja. Jangan gatal tangan nak lukis gambar ayam itik zirafah di dalam kotak tersebut. Email Friendster/Myspace/Facebook atau alamat blog anda pun jangan ditulis dalam tu. Nampak sangat anda ni gila publisiti. Kenapa tak boleh? Sebab undi akan dikira rosak jika terdapat sebarang simbol aneh selain X di dalam kotak tersebut. Jika anda ada sebarang pandangan/protes/ancaman/ugutan/carutan/makian/luahan hati/surat cinta/lirik lagu/dll sila tulis di atas kertas kosong yg anda bawa sendiri. Lipatkan bersama kertas balot dan masukkan ke dalam peti undi. Seorang kerani SPR akan berdiri di sebelah anda untuk memastikan anda memasukkan kertas balot dengan sempurna di dalam kotak undi, bukan racun arsenik atau timebomb.

voting-step-7

Tahniah, anda baru saja menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Anda boleh pulang ke rumah atau menyimpang ke kenduri walimah kawan-kawan. Dengar katanya ramai orang buat kenduri kahwin jatuh pada hari mengundi. Malamnya pula nanti, duduk saja depan TV dan tunggu keputusan pilihanraya yang akan diumumkan dalam masa 24 jam selepas tamat waktu mengundi. Itu saja pelajaran kita hari ni ya anak anak. Sebarang soalan boleh ditujukan di ruangan komen bawah. Kami juga memberikan khidmat nasihat parti mana yang harus anda undi dengan percuma. Jangan segan, kami tak biased. Percayalah. Hahahaha.

** Credit goes to http://chinhuatw.wordpress.com for the pictures.

Leave a Comment

The series of unfortunate events I

Petang jumaat lalu , lewat keluar rumah ketika azan Zohor berkumandang, berlari-lari anak dengan berkain pelekat, berbaju melayu berkopiah hitam di tengah-tengah cuaca mendung ke Masjid kawasan perumahan Seksyen 7 yang baru mendapat kebenaran JAIS untuk dilakukan solat jumaat , memandangkan dahulukala pilihan terdekat adalah di Pusat Islam UiTM ataupun masjid negeri atau masjid di kampus tapi memandangkan situ dah terdekat, x perlulah membazir-bazir petrol solat jauh dari rumah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” – Al-Jumu’ah: 9

Disebabkan keluar lewat maka dapat saf belakang, di luar masjid timbul sesalan tak berbelah bahagi kerana leka bermain NFS carbon bukanlah bersiap berwangi bercukur , berketip kuku kaki mengikut sunnah Rasulullah. Jadi duduklah dengan kanak-kanak di saf belakang. Khutbah sang khatib pun tak berapa kedengaran, pakcik di sebelah terliuk lentuk tersengguk sengguk mungkin letih bekerja dari pagi ya. Tak lupa juga ramai kanak-kanak sekolah berumur dari lingkungan 8 ke 10 tahun mengikut cara perbualan dan tabiat biasa kelihatan di mana-mana masjid ketika solat jumaat , berborak dengan suara yang kuat , terjerit2 sambil karate pinggang kawan sendiri sebab galak diusik dan dikutuk.

Konsentrasi terganggu. Khutbah tak dengar , cerita cerita keduniaan yang berlegar di halwa telinga.

“Dalam banyak-banyak channel kat TV , korang suka tgk channel berapa?”
“Aku suka Channel 62!”
“Bukan Astro la , channel TV 1 sampai TV9″
“Aku suka TV 8! Sebab banyak kartun”
“Ooo ok aku suka TV3 sebab pagi2 kartun best!”
“Tak aci! aku nak TV3 gak!!”

Oh TV3 pagi pagi rancangan kanak-kanak , teringat kawan bernama Ana Alisha dah jadi host programme amende tah, baru perasan haritu. Aktif ya Ana Alisha. Berbisik hati , terganggu konsentrasi lagi, markah solat jumaat makin kurang.

“Ok ok jom kita main nombor ekor!”
“Jom jom”

Nombor ekor pulak dah , ni makin teka 4 digit jackpot menang berjuta juta free one way ticket ke neraka ke? Janganlah adik-adik.

“Kita main sampai 30 je, aku amik 28″
“Aku 26!”
“Aku 15!”
“Nombor ekor!”
“1..2..3…15..16..26!”
“Haha, aku menang”

Dipulasnya batang hidung sang kawan-kawan. Sang kawan-kawan menurut diam rela hidung dipulas sampai berkerut-kerut dahi. Suara makin galak tergelak-gelak. Aku hilang sabar tapi tertahan-tahan tak mahu keluarkan isyarat apa-apa.

“Syhhh!”

Seorang pakcik menyuruh mereka diam. Alahai hilanglah pahala khutbah pakcik , janganlah dihiraukan mereka. Tegur ketika selesai solat jumaat.Teringat dahulu ustaz pernah berkata.

Walaupun kita memberi isyarat suruh mereka diam dengan tangan pun sudah dikira hilang pahala khutbah Jumaat”

Sebab tu lah elok berdiam saja. Tahan telinga , lain kali datang awal, duduk saf pertama bersama imam , lebih banyak pahala. Gangguan zero kecualilah kepala berfikir hal-hal duniawi , awek ke apa ke , nak terkencing ke apa ke.

Wahai Masjid Seksyen 7 , eloklah ditambah speaker di luar , senang jemaah lebih tertumpu kepada khutbah , ini tak dengar langsung hanya samar-samar saja. Sedangkan ahli kariah Masjid semua berpangkat datuk tan sri , org berada. Tapi terima kasih nasi minyak yang boleh tahan sedap ayam masak merah , dalca sayur , air mineral dan juga pisang boleh tahan besar pengubat luka di jiwa.

Bapak kena prihatin kalau bawak anak-anak bawah umur ke Masjid , jangan bagi campur dengan kawan-kawan alamat bala la jemaah lain hilang konsentrasi. Nak didik anak , biar dengan cara yang betul. Duduk bersama-sama mereka jadi mereka x berani nak buat havoc kat saf belakang (atau menara masjid)

Tentang hukum tu , sesiapa yg lebih arif (saudara Yasir pun boleh jelaskan di situ ya) , sila tinggalkan di komen.

Selesai je solat jumaat. Haprak punya kutu. Maki secara halus dalam hati. Lantas dicapai telefon.

“Hello Faris! Hantar selipar ke surau sekarang!”

***

Di KL Sentral , sedang khusyuk dinner di McD berkeseorangan , sambil membaca buku yang baru dibeli di MPH KL Sentral tempat rasmi menunggu seseorang satu ketika dulu , kenangan indah terindah mengukir senyuman. Tiba-tiba seorang kanak-kanak bersongkok bersling bag , memegang sekeping CD dan juga balm hijau kononnya ada 1001 khasiat boleh sembuhkan pening kepala , sakit perut , luka luka ringan , melecur kena air panas , kena gigit serangga berbisa , kena pijak bigfoot , kanser otak , usus terbelit , kena santau , meracau-racau , kencing malam dan lain-lain.

“Abang , mintak derma untuk pembinaan sekolah kami di Kedah , boleh derma dengan beli CD nyanyian pelajar sekolah kami RM 20 dan balm ni RM 10 , banyak khasiat bang”

Balm RM 10? What a ripoff. Aku boleh beli lapan kat luar sana.

Tapi aku takde mood untuk mendengar explanation lebih lanjut. Tak mahu diganggu. Diseluk poket , lantas dihulurkan ke budak tu tanpa memandang.

“Abang sedekah je..”
“Terima kasih bang , semoga Allah memberkati.”
“Sama-sama”

Keluar daripada McD nak beli tiket transit ERL , diseluk poket. Muka mula biru pucat tak berdarah.

Rupa-rupanya aku kasi dia sekeping note RM 100!

Gung gung gung
 , bunyi hantukan kepala kat ATM Machine , terpaksa withdraw duit lagi. Semua org pandang. Duit tu patutnya nak beli DVD-RW. Lantas terpaksa tunda lagi ke satu tarikh yang tak diketahui.

Lain kali , tengok dulu sebelum hulur jangan main taram je , takpelah saya halalkan je.

***

Dalam ERL dari KL Sental ke Putrajaya , duduk berhadapan dengan seorang gadis manis vogue berambut pendek paras leher , berpakaian casual kemas seperti baru pulang dari office, muda licin kulit putih , hidung mancung , dagu teracu cantik , mata bersinar-sinar.

Cantik ya.

Memang cantik.

Kan lebih cantik kalau budibahasanya secantik orangnya.

Senyum.

Dia pun senyum.

Senyum balik..

Dia pun senyum , menjeling ke tingkap luar gelap gelita sang malam.

Wah , ada respon.

Senyum lagi , senyum senyum tak mampu nak kata apa. Si pemalu. Pemalu tak bertempat.

Hati makin utuh mengumpul kesungguhan hendak membuka suara..

“Ehem.Boleh saya tahu nama saudari.. Nama saya ….”

“Tutt tuttt..”

Telefon berpolifonik berdering bergema satu coach.

“Hello , abang. Yati on the way dalam train ni. Nanti abang amik budak-budak kat tempat tuisyen nanti ya?”

Benda yang last sekali aku nampak ialah imej sang gadis di depan mata berkaca kaca seperti ada cecair di dalam mata. Air mata bergenang-genang bila mengenangkan sang gadis di depan rupanya isteri orang.

Malang sungguh hari Jumaat lepas ya. Sungguh bala.

Leave a Comment

I sound stupid if I speak Malay

Yesterday, I was at Alamanda Putrajaya, buying some groceries , and suddenly a fine foreigner chick with nice pair of legs (good look as well) bumped me on the shoulder and the impact was enough for me to acquit my grip upon all the plastic bags.

Chick: Oh dear , I’m sorry. So sorry I didn’t mean it. (trying to help me picking up some plastic bags on the floor)

Me: Takpe takpe.

Leave a Comment