Skip to content

cMCO Episod 2

Kalau nak dibandingkan dengan zaman baru nak up dulu, selepas era 30-an ni agak jarang berbicara tentang kesihatan mental diri sendiri dengan orang lain. Dulu zaman expressive, semua benda nak bagitau orang. Sekarang cakap siang pandang-padang, cakap malam dengar-dengar. Takut orang kata mengada pulak.

Ni masuk dah minggu ketiga aku demam on-off. Kerja bersepah tak siap, dua tiga kali skip meeting sebab tak larat. (Meeting tengah malam)

Dua minggu jugak tak pergi kayuh basikal. Badan lemau. Rasa down. Kerja pun tak sepenuh jiwa raga. Lepas makan ubat terus tido.

Tiba-tiba hari ni bapak Dafi umum PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya. Rasa sesak kepala. Down semacam. Bayangkan ada rakan-rakan yang hilang mata pendapatan, atau keluarga yang ahli keluarga ramai terpaksa bersesak satu rumah selama dua minggu ni.

Semoga Allah mudahkan semua urusan kita sehari-hari ni.

Salam.

Published inLife

Be First to Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.