Waktu Siti Nurhaliza mula ngetop tahun 1996 dengan lagu Jerat Percintaan, aku masih darjah 6. Cinta pandang pertama aku dengan Siti ni datang waktu dia perform rancangan hiburan sempena hari raya dekat TV1. Sempat aku cakap dengan mak aku yang Siti Nurhaliza ni lawo orangnya. Takde orang lagi lawo daripada dia. Macam barbie-doll.
Dah la cantik comel-comel gitu, suara sedap pulak tu. Waktu tu mulalah berketi laksa kaum jantan yang tak mengenal usia, baik daripada budak yang baru akil baligh baru nak stabil hormon, abang-abang kerja opis sudah tangkap lentok sama Siti Nurhaliza. Suami-suami orang pun dah mula pasang cita-cita nak jadikan Siti Nurhaliza sebagai cawangan baru.
Tsunami yang Siti Nurhaliza bawak waktu tu memang hebat. Muka-muka baru yang cuba cari makan waktu tu memang kena tapau habis dengan Siti Nurhaliza ni. Muka-muka lama seperti Ziana Zain & Fauziah Latiff sudah mula tergugat. Anugerah yang Siti Nurhaliza menang memang tak terkira banyaknya, dalam dan luar negara. Sampailah satu waktu bila ada suara-suara sumbang yang komplen asyik Siti Nurhaliza je menang awards. Tak lama lepas tu Siti Nurhaliza umumkan yang dia tak akan sertai mana-mana anugerah untuk bagi chance dekat artis lain menang pulak.
Pada awal penglibatan Siti Nurhaliza sebagai artis ni, tahap fanatism peminat dia ni memang hebat. Waktu duduk asrama sekolah menengah dulu, berapa ramai kutu yang tampal poster URTV Siti Nurhaliza dekat belakang loker? Bila tengok trend minat Siti ni luar kawalan, aku jadi kurang berminat nak put too much interest. Malas nak layan mainstream crowd ni, so aku just follow perkembangan Siti daripada jauh. Lagu-lagu dia semua aku dengar, tapi kurang penghayatan sangat. Zaman tu zaman post boybands, dimana band-band macam Linkin Park / Incubus dan lain-lain mula masuk market Malaysia. Untuk mengelakkan diri diejek jiwang serta merta dipulaukan dek kawan sebab tak rock, terpaksa la aku layan band-band macam ni walaupun naluri malam-malam nak dengar lagu balada Siti Nurhaliza.
Masuk zaman Universiti, minat aku dekat Siti Nurhaliza masih di tahap selenga, cuma layan lagu-lagu dia dekat radio. Tahap fanatik peminat masih hebat macam dulu, sampai ada tahap sorang kutu ni siap buat kad jemputan kahwin dia dengan Siti. Bila Siti umum yang dia tengah bercinta dengan Datuk K, habis meroyan semua lelaki satu Malaya. Aku pun meroyan jugak, tapi meroyan dalam hati je la.
Rata-rata waktu tu satu Malaya tak approve Siti Nurhaliza dan Datuk K ni. Maklumlah Siti tu superstar, muda, cantik pulak tu, mana layak kahwin dengan duda anak empat. Tak kelas langsung! Tapi jodoh tu kan di tangan Tuhan.
Sekarang Siti Nurhaliza dah umur 36, dah millionaire, dah pakai tudung, body pun dah tembun, dah slow menyanyi, dan ada produk kecantikan sendiri. Bila keluar album baru pun tak banyak lagu top macam dulu. Suara pun dah tak power macam zaman dara sunti. Dulu setiap kali dia nyanyi live sejibik macam dalam kaset, sekarang kureng sikit. Mungkin dia kurang aktif sebab faktor usia ataupun Datuk K bising tiap-tiap malam suruh dia slowdown sebab umur nak makin senja.
***
Minggu lepas, aku duduk termenung sambil mengenangkan projek dekat office ni, aku terasa nak imbas balik kenangan-kenangan lama 10 tahun lepas. Kemudian aku bukak Spotify, terus nampak album diskografi Siti Nurhaliza. Terus aku playback lagu-lagu dia sejak dia mula bergiat sebagai anak seni.
Semua orang ada waktu untuk cuba imbau kenangan lama 10-15 tahun dulu. Aku playback album Siti Nurhaliza daripada zaman dia anak dara.
— Azwan Ngali (@cry4freedom) March 24, 2015
Serta merta memori-memori lama sejak zaman sekolah sampai zaman universiti merembes keluar. Setiap lagu dia mesti ada terpaut dengan mana-mana memori manis / pahit sepanjang aku hidup selama 30 tahun ni. Dan waktu ni barulah aku dapat hargai balik lagu-lagu lama Siti Nurhaliza. Terus aku jadi rindu balik dekat Siti Nurhaliza yang dulu. Habis video lama Siti Nurhaliza waktu dulu aku korek dekat Youtube. I’m picking up whatever I have left before.
So sebenarnya kita tak boleh deny, Siti Nurhaliza memang national sweetheart, dulu kini dan selamanya. Secara indirect Siti mesti ada influence perjalanan kehidupan korang, walaupun korang hapah tak minat dia.
Serta merta aku dah tambah satu lagi list 100 things to do before I die; Pergi konsert live Siti Nurhaliza.
Definitely a decade too late for me.
1 Comment